“Bisnis abang aku down, kak ipar aku lari dengan lelaki kaya, bila bisnis abang aku dah maju semula, kak ipar tuntut nafkah anak 10k sebulan”

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Dari gaji 50k sebulan, perniagaan abang aku jatuh teruk masa pandemik. Hutang keliling pinggang.

Kak ipar terus buat perangai keluar dengan lelaki kaya. Abang terpaksa ceraikan.

Bila perniagaan abang aku dah maju semula, dia tuntut nafkah anak 10k sebulan..

"Bisnis abang aku down, kak ipar aku lari dengan lelaki kaya, bila bisnis abang aku dah maju semula, kak ipar tuntut nafkah anak 10k sebulan"

Salam korang, aku nak minta pendapat berkaitan abang aku. Aku ni bujang lagi. Ok macam ni, abang aku ni kahwin dari tahun 2008, ada anak 2 orang. Dulu abang aku orang yang ada-ada jugalah walaupun tak kaya, bisnes sebulan sampai 50k incomenya. (Bisnes halal ok).

Dulu rumah tangga abang aku bahagia cuma silapnya jahil Agama. Suami isteri hanyut, bahagia tapi jahil, suami isteri sama saja, suka enjoy suka mabuk. Tapi masa kaya mereka saling setia. Dipendekkan cerita, masa tahun 2019 bisnes abang aku down disebabkan pandemik, semua bisnes tak jalan, hutang keliling pinggang. Lost total.

Masa tu dan terhidu yang isteri dia kenal lelaki lain, keluar rumah tanpa izin, buat ikut suka hati dengan alasan suami miskin dan tak mampu beri apa dia nak. Isteri dia asyik nak bercerai, tapi abang aku nak pertahankan rumah tangga demi memikirkan anak walaupun masa tu isteri dia memang tak peduli pada sama anak sekali.

Pada tahun 2020 lagi menyedihkan, isteri dia curang depan abang aku. BaIas chat lelaki depan abang aku, makin rancak keluar suka hati. Masa tu abang aku pula tersuka kawan aku yang aku panggil Siti, kawan aku pun suka juga pada abang aku memandangkan masa tu abang aku masih suami orang, kawan aku terpaksa undur diri dan bernikah dengan lelaki lain. Alhamdulillah Siti pun dan bahagia.

Dua tahun abang aku masih pertahankan rumahtangga, akhirnya berpisah juga. Pada awal tahun 2023 mereka sah bercerai taIak satu. Habis je iddah, bekas kak ipar aku terus nikah dengan lelaki kaya. Masa mula-mula bercerai, dia merayu kalau nak dapat hak jaga anak sedangkan makamah dah tentukan hak jaga anak jatuh je tangan abang aku, tapi abang aku mengalah, kalau tu dia nak, takpe dia jaga saja. Sama-sama jaga, gilir-gilir.

Selepas dia nikah, anak-anak abang aku mengadu kalau mak mereka dah tak peduli pada mereka, kadang-kadang yang bongsu selalu dipukuI oleh ayah tiri dan mak mereka tak peduli. Ya Allah, sebagai ibu saudara, aku menangis dengar luahan mereka sedangkan mereka budak baik, budak pandai, ujian exam semua A.

Banyak bakat yang mereka ada. Anak-anak abang aku ni dah agak besar, sorang 13 tahun dan sorang lagi dah 9 tahun, kedua-duanya lelaki yang tahu berdikari. Ok lepas dia dah hidup bahagia dengan suami baru, dia mengadu pada abang aku, dia dah tak larat nak jaga anak, dia nak minta nafkah di naik dari 6k ke 10k sebab dia nak upah orang gaji.

Korang bayangkan 2 anak yang dah besar dia nak nafkah 10k? Dia kata tak kuat jaga anak sorang-sorang sedangkan anak tu dah besar panjang dan reti berdikari. Jadi aku cakap pada dia, kalau dah tak larat nak jaga, biar aku je jaga memandangkan aku pun single je umur dan 33 tahun.

Lagipun pun aku sayang sangat kat anak buah aku ni, dari kecik aku selalu je jaga mereka sebab mak bapak busy selalu enjoy masa tu. Dengan senang hati dan rela hati dia nak beri anak dia pada aku. Sekarang budak ni duduk dengan aku, mereka lagi happy duduk dengan aku, aku pun suka mereka, comel, bijak pandai, tahu berdikari.

Walaupun kadang-kadang yang bongsu pandai menangis sebab rindu mak dia. Tapi lama-lama rindu tu jadi marah bila mak dia macam nak tak nak je call anak-anak dia. Sekarang aku dah buat surat lawyer kalau satu hari nanti mak dia tidak akan tuntut anak-anak dia sebab aku nak jadikan budak ni ank angkat secara sah dan budak budak ni setuju, mak dia pun setuju.

Aku tak nak nanti tiba-tiba dia menyesal dan rampas balik budak ni, sebab dia yg tak nak. Kalau tiba-tiba berubah, kita jumpa dekat mahkamah. Satu masalah sekarang. Masa abang aku down, abang aku tak beri nafkah anak selama 3 bulan, pada tarikh a mei, a jun, dan a julai. Semuanya Ada 18k.

Pada bulan ogos september oktober abang aku ada bayar tapi 6k saja setiap bulan, sekarang dia minta hutang nafkah abang aku yang 18k tu sedangkan masa tu abang aku takda duit langsung, dia jaga anak 3 bulan tanpa nafkah sedangkan masa cerai dia dah tuntut macam-macam termasuk rumah dan kereta.

Sekarang anak-anak ni, aku dah ambil, bisnes abang aku pun dah mula naik balik. Senang cakap, semua dah berjalan dengan lancar, dia pula mula cari abang aku, tagih nafkah yang 18k. Katanya selama 3 bulan abang aku tak bagi nafkah, dia terpaksa korek tabung sendiri untuk besarkan anak padahal anak mengadu kalau mak dia tak peduli pada mereka.

Selalu marah sampai suami dia pun turut naik tangan dekat budak-budak ni. Pendapat korang, perlu ke abang aku bayar balik 18k tu? Katanya kalau tak bayar, dia akan buat report. Masalahnya budak tu sekarang dah ada dengan kami.

Aku nasihatkan abang aku jangan bayar, biar saja dia. Tapi abang aku kata tu tanggungjawab dia. Lagipun rezeki abang aku dah makin mencurah-curah. Macam mana nak pujuk abang aku supaya jangan bayar? Atau biarkan saja dia bayar?

Sambungan ceritanya, abang dan kak ipar bercerai sebab bisnes abang aku down, bekas kak ipar yang asyik nak bercerai dan dia dah ada lelaki lain, dah tidur sekatil dengan lelaki tu. Abang aku ceraikan dia dengan cara baik, abang aku takde cakap dekat makamah tentang perbuatan dia.

Abang aku cuma cakap mereka sudah tidak ada sefahaman je. Masa cerai, dia minta rumah dan kereta, abang aku bagi sebab alasan dia nak jaga anak, walaupun masa tu abang aku yang layak dapat anak, dia siap bawa laki baru dia yang konon-konon kaya tu tinggal dalam rumah tu.

Rekod dalam mahkamah pun anak-anak adalah hak abang aku. Tapi dia yang merayu-rayu konon nak jaga anak. Abang aku bagi dia anak pun atas sepakatan luar makamah. Abang aku dan dia bergilir-gilir jaga anak. Yang nafkah 6k tu bukan mahkamah yang tentukan, sebab anak atas jagaan abang aku.

Jadi lepas bercerai dia tak layak dapat hak jaga anak apa lagi tuntut nafkah. Lepas bercerai abang aku setiap bulan usaha beri nafkah anak sebanyak 6k yang dia minta walau pun abang aku berlapar, segala harta benda digadai.

Nak bayar gaji staff, hutang keliling pingang. Hinggalah sampai tahap abang aku tak mampu bayar selama 3 bulan. Masa tu dia dah mula mer0yan, update kat mana-mana kalau abang aku tak bayar nafkah. Masa mula-mula abang aku nak ambil anak, dia cakap dia tak nak anak dia hidup susah dengan abang aku, dia nak jaga, tapi rupanya dia biar je anak dia kena dengan suami baru dia.

Sekarang bila abang aku dah senang sikit, abang aku mula bayar balik nafkah 6k tu. Pastu dia minta up lagi jadi 10k. Jadi aku cakap kat abang aku. Baik aku yang jaga je anak tu, tak payah bayar apa pun kat aku. Sekolah makan minum dorang aku tanggung. Sebab aku sayang sangat dekat budak ni.

Tapi kalau aku dah ambil budak tu, korang jangan sentuh dah. Dengan rela hati mak dia nak bagi budak tu kat aku. Pastu sekarang dia tau lagi bekas laki dia dah mula kaya balik, dia dah mula minta balik yang 18k. Asyik kacau abang aku macam orang giIa taIak.

Asyik stalk media social abang aku. Asyik chat abang aku konon-konon nak tanya khabar anak padahal anak dia dengan aku. Bukan dengan abang aku. Dia tak pernah hubungi aku pun tanya pasal anak dia. Bila anak dia call, dia buat macam taknak je bercakap.

Dia kan dah ada suami, kenapa cari abang aku lagi. Pasal 18k tu kalau dia nak, pergi lah tuntut dekat makamah sebab takda surat hitam putih kalau dia dapat hak anak. Atau layak tuntut apa-apa nafkah. Jangan nanti perbuatan dia semua terbongkar.

Anak tu ada tunjuk kot kesan biru-biru kena pukuI. Semua aku dah gambar siap-siap. Sekarang pun anak dah bukan dengan dia. Kalau nak 18k tu, tuntut lah dekat makamah dan cerita segalanya. bukan asyik kacau abang aku.

Komen Warganet :

Husnudin Adnan : Buat report polis untuk kes anak kena dera tu. Bawa segala bukti ke mahkamah. hentikan segala bayaran yang sepatutnya bekas isteri tu tak layak. Gantikan bayaran wang ihsan pada adik yang sanggup jaga anak buah macam anak sendiri. Tutup cerita. Kalau semua point-point kat atas betul, pihak bekas isteri tu takkan boleh menang dan tuntut apa-apa pun selepas ni.

Siti Abdullah : Tanggungjawab abang awak dekat anak-anak je. Duit tu hak anak-anak bukan bekas bini. Kemain bekas bini ambil kesempatan. Dah kahwin dengan lelaki lain yang kaya sempat lagi nak rembat duit bekas suami.

Biar je dia report, tak payah takut. Kalau dia melebih cakap je nak report yang dia abaikan anak-anak dan biarkan suami baru dia tu dera anak-anak. Tengok dia berani ke tak berani nak ugvt-ugvt korang lagi.

BACA: “Suamiku baik dan bertanggungjawab tapi tak romantik, aku bercinta dengan polis bantuan di pejabat masalahnya dia suami orang”