Biri-biri ini lagi mahal dari harga rumah

Biri biri ini lagi mahal dari harga rumah

Biri-biri ini lagi mahal dari harga rumah. Biri-biri Ladoum dikenali sebagai raja biri-biri di Senegal memiliki keunikan tersendiri dengan nilainya melebihi harga sebuah kereta mewah atau rumah.

Baka haiwan itu dianggap sebagai lambang prestij dan simbol status di negara Afrika itu dengan anggaran nilainya yang tertinggi melebihi AS$85,000 (RM377,442.50).

Ladoum yang juga kacukan baka ‘Touabire’ dari negara Mauritania dan ‘Bali-bali’ dari Mali, pertama kali dibiakkan di luar ibu kota Dakar, pada awal 1970-an.

Ia sangat popular di negara Afrika Barat dengan keluarga kaya dan penternak membelanjakan wang untuk membiakkannya kerana mereka tidak mampu membeli haiwan itu.

Sesetengah orang sanggup membelanjakan puluhan ribu dolar untuk memiliki seekor biri-biri Ladoum.

Biri-biri ini lagi mahal dari harga rumah

Memiliki ketinggian 1.2 meter dengan berat mencecah 175 kilogram, haiwan itu mempunyai bulu licin dan tanduk bergulung panjang.

Dagingnya lazat menjadikan ia spesies istimewa dan unik.

Kebanyakan rakyat Senegal menganggap haiwan itu cantik dan menjadikannya sebagai lambang kemegahan.

Mereka sanggup meluangkan masa menonton pertandingan ratu cantik biri-biri Ladoum di televisyen dan mengikuti penternak popular di media sosial hanya untuk mengagumi kumpulan itu.

Ladoum kini dianggap lebih daripada seekor biri-biri, bahkan menjadi lambang status dan lebih penting daripada kereta, rumah atau pakaian mahal.

“Memiliki Ladoum membezakan anda daripada orang lain.

“Apabila anak saya melihat seseorang dengan biri-biri besar, mereka tahu dia adalah orang yang sangat penting. Ladoum untuk bintang, bukan orang biasa,” kata seorang cef, Fatou Sen kepada Quartz Africa.

Untuk rekod, pemain bola keranjang NBA, Gorgui Dieng terkenal kerana mempunyai beberapa Ladoum.

Begitu juga, Yekini iaitu ahli gusti terhebat Senegal sepanjang zaman yang turut memiliki haiwan itu.

Tahun ini, harga biri-biri Ladoum melebihi AS$85,000, walaupun ada baka yang ditawarkan pada harga jauh lebih rendah iaitu AS$3,000 (RM13,321.50).

Bagaimanapun, baka ini pastinya terlalu mahal untuk majoriti rakyat Senegal yang hanya dapat mengagumi biri-biri itu dari jauh sahaja.

BACA:

Kecoh perempuan pakai ihram buat umrah, ini respon mufti

Punca Nora Danish bercerai akhirnya terbongkar, tak sangka sebab ini

Melaka tarik balik kebenaran solat jumaat

CATEGORIES