Apabila bercakap tentang isu selingkuh, majoriti orang kerap mengaitkannya dengan golongan lelaki.
Namun dalam sebuah kisah yang tular di aplikasi X ini, seorang suami meluahkan tekanan dihadapinya sepanjang menjalani hidup dengan isteri kuat berskandal.
Bini aku ni macam tak bersalah pun…Dia kata aku boring & muka hodoh
Sudah mempunyai 4 orang anak, rumah tangga itu teruji apabila wanita terbabit didapati bermain kayu tiga setelah bersalin anak pertama dan kedua.
Walaupun hatinya retak seribu sehingga hampir menaiki mahkamah, si suami masih lagi utuh memperjuangkan bahteranya daripada tenggelam.
Bagi isterinya, si suami agak membosankan dan ini menjadi sebab mengapa dia gemar mencari jejaka lain yang mampu memberikan keseronokan.
Aku mula cari perhatian di luar, aku nak disayangi…Aku terjumpa perempuan ni, dia muda
Ketika terkurung semasa PKP dahulu, si suami sekali lagi cuba menguatkan semula jalinan mereka yang semakin longgar.
Kelahiran anak ketiga yang disangka akan merubah segalanya cuma tinggal angan-angan kosong. Untuk kali ketiga, isterinya tetap mengulangi khilaf sama.
Akibat tidak dihargai, dia mula mencari kebahagiaan sendiri di luar.
Dia tak suka aku sebab aku suami orang…Aku serabut
Hatinya mula tertaut dengan seorang perempuan muda, namun lelaki ini masih dibelenggu dengan rasa buntu
Yang pasti, masalah yang terjadi kini benar-benar mengusutkan fikirannya dalam membuat pilihan terbaik.