Bilal dan siak tidak tersenarai dalam Pakej Rangsangan Prihatin Ekonomi Rakyat

Bilal dan siak tidak tersenarai dalam Pakej Rangsangan Prihatin Ekonomi Rakyat

Sepatutnya Pegawai Masjid yang terdiri dari imam, bilal dan siak juga mendapat bantuan dalam Pakej Rangsangan Prihatin Ekonomi Rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Pertubuhan Pembela Insan, Noor Hasni Saad.

Katanya lagi walaupun penularan wabak Covid 19 menjadi kebimbangan yang amat ketara seluruh negara, imam, bilal dan osiak tetap wajib menjalankan tugas mereka seperti biasa di mana mereka ditauliahkan.

“Di Pulau Pinang sehingga saat ini kesemua Pegawai Masjid tersebut masih lagi meneruskan tugas mereka sepertimana arahan pekeliling bertarikh 17 Mac yang menghendaki azan tetap dikumandangkan setiap lima waktu serta tugas masing-masing.

” Sehubungan itu adalah wajar nasib mereka juga diberi perkiraan dalam bantuan kemudahan khas yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

” Lebih mendukacitakan janji kerajaan semasa pembentangan bajet 2020 untuk memberikan bonus sebanyak RM500 kepada imam, bilal dan siak hingga kini umpama menanti buah yang tidak akan jatuh walaupun penjawat awam dan agensi kerajaan negeri telah pun mendapat bonus dan bantuan khas mereka sejak Disember yang lalu, ” ujar beliau.

Berita Penuh :https://malaysiadateline.com/imam-bilal-dan-siak-teruskan-khidmat-walaupun-covid-19-sepatutnya-tidak-dipinggirkan/

COMMENTS