Bila sudah berkuasa, Umno tidak lagi hargai Pas di Johor

Bila sudah berkuasa, Umno tidak lagi hargai Pas di Johor

Ekoran isu Pas di Johor yang dilihat tersisih dari pentadbiran kerajaan negeri, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Salahuddin Ayub menyifatkan Pas sudah tidak ada nilai dan harga di Johor dari kacamata pemerintah yang diketuai oleh Umno.

Ujarnya ketika dihubungi, sememangnya Umno hanya mempergunakan Pas untuk mendapat pemerintahan bukan ikhlas dalam hubungan sebagai seorang sahabat karib.

Beliau mengimbau sejarah sewaktu kerajaan campuran pada tahun 1974 yang lalu di mana Pas hanya dijadikan alat untuk Umno memerintah serta memenangi hati rakyat.

“Inilah yang berlaku semasa dalam kerajaan campuran di tahun 1974. Memang di zaman itu, agihan kerusi di Johor memperlihatkan bahawa Pas selalunya dianaktirikan.

“Jadi Pas tidak belajar daripada kesilapan hanya segelintir saja daripada pemimpin yang mendapat kepimpinan dan ghanimah serta tidak mendapat apa di negeri-negeri di kawasan pantai barat di semenanjung.

“Seperti di Johor, Pas telah disampahkan oleh Umno dan sememangnya Pas tidak ada makna langsung bagi Umno di Johor,” jelasnya.

Dalam pada itu, semalam telah hangat diperkatakan berkenaan dengan gegantung yang mendakwa Umno di Johor telah menipu Pas dengan tidak meraikan parti komponen kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Johor itu.

Gegantung tersebut turut disifatkan sebagai tanda protes dari akar umbi Pas yang tidak berpuas hati dengan agihan jawatan di negeri ini.

Perkara tersebut turut menzahirkan bahawa kerajaan Umno Johor sememangnya tidak mempedulikan rakannya dari Pas dan sekaligus membenarkan kenyataan daripada Salahuddin itu.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/pas-disampahkan-umno-di-johor/

COMMENTS