Bila idea “buluh” keluar dari mulut menteri Pas, ahli anggap idea luar kotak

Bila idea “buluh” keluar dari mulut menteri Pas, ahli anggap idea luar kotak

Isu buluh masih belum berakhir. Khairuddin At Takiri masih belum menjawab apa bezanya idea pokok buluhnya dengan pokok buluh cadangan mantan Menteri Teresa Kok

Idea yang pernah dilontarkan oleh Menteri zaman Pakatan Harapan Teresa Kok pun boleh disindir oleh Khairuddin At-Takiri and the geng.

Hari ini, Pas dari Melaka boleh menyatakan “Khairuddin menteri berfikir di luar kotak”?. Malangnya Pas Melaka dapat Ketua Penerangan yang macam ni. Patut la Pas Melaka tak maju-maju. Pas Melaka menang satu kerusi dulu pun sebab calon Umno.

Menurut ketua penerangan Pas Melaka dipetik “Bakri Jamaluddin, berkata kehebatan Khairuddin itu terlihat apabila beliau berani menjadikan industri buluh sebagai game changer di bawah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).

Katanya, MTIB sudah merangka pelan tindakan untuk memajukan industri berasaskan buluh pada 2016 lagi, iaitu dua tahun sebelum Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan.

“Oleh sebab itu berani saya katakan ini bukan brain child atau idea daripada Teressa Kok (bekas menteri industri utama PH) dan bukan juga Khairuddin.

Nak beritahu kat ketua penerangan Pas Melaka, kalau 2016 dah diutarakan kenapa puak-puak kamu menyindir Teresa Kok nak buat dahulu. Bila dah hilang hujah pandai pula pusing ke lain puak Pas ni.

Berita Penuh :https://m.malaysiakini.com/news/521015