Assalamualaikum min. tolong hide ye min! Saya seorang isteri yang menanti masa untuk diceraikan dan saya gembira dengan penceraian ni.
Suami saya seorang yang sangat kej4m. Ya! perkataan ini sesuai untuknya sepanjang perkahwinan, tak pernah saya merasakan apa itu bahagia.
Suami seorang kaki jvdi, minum ar4k, kaki pukuI, panas baran, suka enjoy, kaki lepak dengan kawan – kawan yang lebih muda darinya.
Dia abaikan tanggungjawab sebagai suami dan ayah, kaki perempuan, malas, tidak solat dan berpuasa, tidak hormat ibu bapa dia dan saya.
Sepanjang perkahwinan, pada tahun pertama sahaja suami saya menjalankan tanggungjawabnya, itu pun tidak sepenuhnya.
Masuk tahun kedua, suami mula berjinak – jinak dengan jvdi dan keIab malam. Sejak main jvdi, suami tidak lagi menjalankan tanggungjawabnya.
Nafkah tak pernah bagi, segala bil – bil saya bayar, segala barang dapur saya beli, persiapan baby saya beli dan urus. Saya juga dipukuI, disp4k, ditumbvk sewaktu saya mengandungkan anak sulung. Sepanjang suami terlibat dengan jvdi, saya sering ditinggalkan di rumah seorang diri hingga saya mempunyai anak.
Suami sering tiada di rumah, membiarkan saya menguruskan anak – anak seorang diri. Seperti panglima tentera mengawal askar – askarnya. Segala urusan di rumah, diletakkan di atas bahu saya seorang. Suami tak pernah membantu saya mengurus anak dan rumah bersama – sama.
Dunianya hanyalah, tidur dari pagi sampai petang, bangun tidur bukak tudung periuk, mandi – mandi, bersiap – siap untuk keluar melepak dan pergi jvdi sampai pagi, balik tidur. Waktu hari bekerja, cuma ubah bangun, bersiap pergi kerja, terus ke pusat jvdi sampai pagi.
Itulah rutin suami hingga sekarang. Suami juga rasa dirinya masih muda lagi, lepak dengan budak – budak yang lebih muda darinya dan bujang. Sering terlibat dengan Iumba motor, tak padan dengan umur 40+. Semua gaji abis di pusat jvdi atau aktivitinya, sudahnya semua ditanggung oleh saya, dari pengasuh, makan pakai anak – anak, keperluan anak, yuran anak, belanja sekolah anak dan semuanya atas kepala saya.
Belum lagi jika dia meminjam duit saya hingga dah berpuluh ribu duit saya dipinjam dan dibawa berjvdi. Bukan saya saja – saja bagi pinjam, tapi saya diugvt macam – macam, duit gaji saya sem4kin berkurang, sampai tidak cukup unruk menampung hidup.
Suami juga ada bisnes sampingan, pun habis dibawa berjvdi. Saya sering dim4ki, ditengking, dih1na, dan pernah di4cu par4ng diugvt bunvh. Suami sangat baran. anak – anak juga pernah dipukuI teruk. Suami juga tidak pernah solat, sepanjang kahwin saya tidak pernah nampak suami sembahyang dan berpuasa.
Selamber saja muka merok0k dan minum di depan anak – anak. Saya juga hampir mer0yan sewaktu pant4ng kerana suami tidak pernah membantu saya menguruskan rumah dan anak sewaktu pant4ng. Saya lakukan segala kerja rumah dan anak – anak tanpa rehat.
Saya juga pernah bentan akibat tiada rehat dengan anak – anak seramai 5 orang, saya kuatkan jua mengurus segalanya. Nasib saya mempunyai ibu yang amat memahami nasib saya. dia banyak membantu saya hingga kini.
Suami saya tidak pernah berterima kasih dengan ibu saya. Suami tidak pernah hormat pada ibu saya tapi bukan ibu saya je, ibu bapanya sendiri pun dia tengking herdik tanpa rasa bersalah. Ibunya dibuat seperti h4mba abdi jika dia balik ke rumah ibunya.
Tiada langsung rasa hormat pada ibu yang melahirkannya. Suami tidak pernah membawa saya dan anak – anak berjalan walaupun ke kedai sekalipun. Dia lebih suka keluar dengan kawan – kawan dan perempuan – perempuan lain.
Hidup saya serupa seperti janda tapi mempunyai suami. Segala urusan anak bersekolah juga diuruskan oleh saya. belanja anak, ambil buku kemajuan, yuran, hari kecemerlangan, sukan, semuanya saya, saya, saya! Sem4kin lama, hati saya mula member0ntak dalam diam, semuanya saya pend4m sendiri.
Saya mula meIawan dan menjawab secara kasar dan m4kin kerap saya ditengking dan dipukuI. Jika dilihat perwatakan suami saya, di luar depan kawan – kawan, sangat baik dan peramah tapi hanya orang yang duduk serumah dan terdekat sahaja yang kenal siapa dia.
Akhirnya setelah lama saya mengharungi perkahwinan ini, saya tekad untuk keluar rumah dan mohon penceraian. Suami juga dah ada pengganti saya. Saya sangat gembira dengan berita yang didengarkan. Saya tak rasa cemburu jika perempuan itu inginkan suami saya.
Saya memang suka dan gembira kerana ada juga yang ingin gantikan tempat saya. Sangat dialu – aIukan ambil tempat saya. Semoga perempuan tersebut bahagia dan gembira dengan suami saya. Saya doakan semoga mereka kekal selamanya.
Lagi lama lagi lama sengsaranya dan perempuan tu tunangan orang. Tunangnya tiada kerja tetap dan dia lari ke suami saya. Nampaknya seperti pepatah keluar mulut harimau masuk mulut buaya. semoga berjaya! Oh ye! suami saya banyak hutang tau!
Saya sekarang lebih tenang dan bahagia dengan life baru. Saya tak pedulikan kata orang yang hanya pandai bercakap tanpa duduk di tempat saya. Saya tenang bersama anak – anak. Untuk isteri – isteri di luar saya, janganlah takut untuk keluar dari kehidupan yang sengs4ra.
Bangkit dan teruskan perjuangan demi anak – anak. Pedulikan kata – kata orang, kita yang hadapinya. Beranikan diri untuk satu perubahan. Ramai pembaca yang memberikan komen dan reaksi terhadap luahan yang dibuat. Ada juga yang memberi komen sinis tak kurang juga memberikan kata – kata semangat dan nasihat.
Komen W4rganet :
RB Azman : Sudah tau per4ngai suami macam tu, boleh ko tunggu sampai beranak ramai buat apa? Orang yang macam tu dia tak akan berubah kecuali berubah tempat je dari rumah ke Iiang Iahad. Kalau ko ada pendapatan sendiri buat apa tunggu lebih lama lagi.
Tak kan nak tunggu sampai beranak lagi. Ko angkat kaki bIah je bawa anak – anak.. Ko jangan jadikan diri sendiri m4ngsa nanti silap – silap hutang jvdi tak terbayar anak ko dengan ko dijualnya. Ingat, ada suami yang namanya suami tapi ada suami yang namanya laki.
Leya Cilala : Jangan la pelik dia beranak 5, anak tu rezeki. Dia sebagai isteri mungkin kena patuh dengan permintaan suami dia yang baran tu. Alhamdullilah dia masih mampu jaga dan pertahankan anak – anak dia tanpa suami dia yang dayus tue.
Untuk tt move on ye sis, kuatkan hati sis. Semoga Allah Iindungi sis dan anak – anak. Mungkin sis akan lebih bahagia dengan anak – anak lepas nie. InshaAllah, cumA satu jangan patah balik pada suami walau dipujuk rayu, cukup dengan apa yang dah sis lalui. Keep strong sis.
BACA: Rupanya pluto tidak lagi dianggap sebagai planet ini sebabnya-DMA