Bila dah takut hilang sokongan, UMNO-PAS mahu bubar Parlimen pula

Bila dah takut hilang sokongan, UMNO-PAS mahu bubar Parlimen pula

Desas desus Pakatan Harapan akan kembali ke Putrajaya bertiup kencang. Pelbagai angka dimainkan oleh pelbagai pihak termasuk portal proksi Umno iaitu mykmu.net.

Apabila angin-angin yang bertiup ini sampai kepada telinga lebai dan bebai, maka keluarlah pelbagai ayat-ayat lunak. Ada yang minta dibubarkan parlimen, ada yang menulis jangan permainkan perasaan rakyat dan pelbagai lagi.

Kenapa diawal kemelut politik sekitar penghujung bulan Februari 2020 lalu kamu tidak menetapkan pendirian untuk bubarkan parlimen? Ke ketika itu belum dapat tahu hasil “ghanimah” yang bakal diperolehi.

Umno dan Pas sendiri telah memutuskan untuk mencadangkan kepada Yang DiPertuan Agong untuk membubarkan parlimen. Link di bawah sebagai rujukan.

25 Februari 2020
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02/659173/bn-pas-pbrs-tuntut-bubar-parlimen

27 Februari 2020
https://umno-online.my/2020/02/27/umno-pas-tandatangan-sd-sokong-muhyiddin-tidak-benar-tetap-pendirian-bubar-parlimen/amp/#aoh=15907030467862&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&amp_tf=From%20%251%24s

28 Februari 2020
http://www.astroawani.com/berita-politik/serah-balik-mandat-pada-rakyat-pas-gesa-bubar-parlimen-selesai-kecelaruan-politik-232008

Kenapa ketika ini, Umno dan Pas tidak bersungguh untuk bubarkan parlimen? Baru sekarang Umno dan Pas nak sembang bubarkan parlimen apabila angin kencang yang membawa berita Pakatan Harapan akan kembali ke Putrajaya.

Nak tanya Umno dan Pas, usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri ada terdapat di dalam perlembagaan atau tidak?

Umno dan Pas melahirkan pemimpin yang memiliki raut wajah muka tak tahu malu sebagai kerajaan. Kerajaan yang tidak dipilih oleh rakyat. Kalau Pas tu nak harapkan Pilihan Raya memang tak merasalah jadi menteri kabinet dan jawatan GLC.

COMMENTS