Bila dah menang, ramai tak kenang budi Tun M

Bila dah menang, ramai tak kenang budi Tun M

Bangsa Melayu banyak berpesan mengenai mengenang budi dalam banyak pantun, simpulan bahasa dan peribahasa.

Dr Mahathir pilih Najib dulu kerana dia kenang jasa arwah bapa Najib kepada dirinya kerana Allahyarham Tun Razak lah dia rasa dia berada kat mana dia ada sekarang.

Kemudian dia lawan kerana benda yang tak betul.

Ketika lantang melawan Pak Lah dulu, banyak orang telah meninggalkan dirinya, bukan sahaja meninggalkan tapi menghinanya tak ingat dunia.

Ramai pemimpin UMNO yang dia angkat dulu tetiba tak ingat apa dah, ikut sama Pak Lah hentam, hina Tun M.

Kemudian apabila jatuhnya Pak Lah. Mereka yang dulu hina Tun M ini, tiba tiba sahaja hilang ingatan.

Cium tangan Dr Mahathir.

Ya, beliau seorang yang pemaaf dulu. Heret orang tua bernama Dr Mahathir ni berkempen untuk nya masa pilihanraya pertama di zaman Najib.

Semua calon yang dia kempen ni menang dalam pilihanraya tersebut.

Sekali lagi, dia dilupakan bila Dr Mahathir mula berkempen untuk melawan Najib dan keluar UMNO, tak ramai bersamanya malah pemimpin UMNO bersilih ganti menghina Tun M tanpa belas kasihan.

Apabila Tun M mula melawan Najib dan berkempen melalui BERSATU dan Pakatan Harapan.

Pemimpin BERSATU mana ‘tak guna’ kudrat orang tua ni?

Kau heret Tun M sana sini, kau paksa dia turun kempen untuk kau.

Sebab kau tahu, Tun M je boleh bagi kau menang.

Kau tu nothing! Tak ada apa.

Rakyat pun tak kenal kau.

Eh, sekarang dah menang.

Dah dapat jawatan.

Kau hina orang tua ni sampai tak ingat dunia?

Dah habis kau gunakan dia.

Kau paksa dia itu ini last last kau hina dan pijak je dia?

Itulah hakikatnya.

Tanpa Tun, kau tu nothing je dulu bro.

Aku ni bukanlah nak ungkit tapi kena sedar diri lah kat mana kita berpijak.

Ingat apa yang Tun M selalu pesan, jadi pemimpin kena ada prinsip.

Tun M tak ada masalah kalau nak lawan dia, nak berdebat dengan dia tapi kau hina dia macam tak ingat dunia.

Kita akan ingat muka muka yang hina, yang khianat Tun M ini sampai mati.

-Adam Mukhriz-

Sumber:

COMMENTS