‘Bila bapa kau buat wiring’, gara-gara tak tahan cuaca panas lain pula jadi dekat siling sampai 6 kipas dia pasang!

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

‘Bila bapa kau buat wiring’, gara-gara tak tahan cuaca panas lain pula jadi dekat siling sampai 6 kipas dia pasang

!manusia, kita akan menjadi lebih kreatif apabila berada dalam situasi terdesak atau tertekan.

Begitu juga keadaannya ketika ini apabila negara dilanda cuaca panas melampau hingga lahirnya pelbagai idea atau inovasi bagi menangani masalah suhu tinggi.

'Bila bapa kau buat wiring', gara-gara tak tahan cuaca panas lain pula jadi dekat siling sampai 6 kipas dia pasang!

 

Terbaharu, seorang lelaki berkongsi video di TikTok menunjukkan keadaan ruang di dalam rumahnya yang dipasang enam buah kipas siling.

Bahagian bumbung yang ditutup menggunakan kanvas.

@papabulus33 Bila bapak kau seorang wireman. Nak plak cuaca panas mcm ni. Memang berangin rumah #fypシ #fyp #panas #lawak ♬ bunyi asal – Papa Bulus

Menerusi video ringkas yang hingga kini ditonton lebih 700,000 pelayar TikTok itu, kelihatan kipas-kipas tersebut dipasang dengan jarak dekat bertujuan untuk menyejukkan ruang berkenaan.

Menurut pemilik akaun papabulus33 di TikTok, semua kipas berkenaan dipasang bapanya yang merupakan seorang juruelektrik (wiring man).

“Apabila bapa kau buat wiring. Ketika cuaca panas, kau tengok berapa banyak dia pasang kipas.

“Sabar jelah dengan bapa aku ni,” ujarnya sambil mengira jumlah kipas yang dipasang.

Pada video sama dia juga menyatakan yang bapanya mahu menambah sebuah lagi kipas di ruang sama.

Selain kipas, si bapa juga memasang plastik kanvas berwarna biru yang berfungsi untuk mengurangkan suhu panas daripada atap rumah di kediaman mereka di Felda Lui Selatan, Jempol, Negeri Sembilan.

Sepatutnya pasang ventilation fan, bagi ada angin keluar masuk.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya meninggalkan komen lucu.

“Jangan lupa ikat bumbung. Takut bangun tidur terang je.

“Hati-hati pasang full speed. Risau atap terbang.

“Nanti rumah terbang siapa nak tangkap. Aku risau terbang bumbung rumah ni,” komen netizen di TikTok.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang mempersoalkan keberkesanan kaedah berkenaan.

“Sebenarnya kipas ini pusing angin yang sama saja dalam rumah.

“Sepatutnya pasang ventilation fan. Bagi ada angin keluar masuk,” ujarnya.

Namun kebimbangan individu itu terjawab apabila pemilik akaun berkenaan memberitahu dua unit kipas pengudaraan juga sudah dipasang di bahagian dapur rumah mereka.

BACA:

Mayat lelaki ditemui dalam tangki najis di rumah di Kuala Kangsar, rupanya ini punca kejadian

Mulanya hanya isi masa lapang, siapa sangka usaha anak muda ini tanam cili gantung tuai hasil lumayan