“Betul punya gila kuasa macam PM 22 tahun”, ini satu-satunya murid sekolah yang pegang semua jawatan kecuali Cikgu

Oleh INFORAKYAT

“Betul punya gila kuasa macam PM 22 tahun”, ini satu-satunya murid sekolah yang pegang semua jawatan kecuali Cikgu.

Ketika kanak-kanak di sekolah lain seronok berkenalan dengan rakan baru, lain pula situasi yang berlaku kepada seorang murid darjah enam di Sabah, apabila menjadi satu-satunya murid di dalam kelasnya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh guru kelasnya dikenali sebagai Cikgu Aben di Facebook, murid tersebut dikenali dengan nama Errone Erwine dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ruminding, Sabah.

"Betul punya gila kuasa macam PM 22 tahun", ini satu-satunya murid sekolah yang pegang semua jawatan kecuali Cikgu

“Seorang sahaja murid saya tahun ini, dia ketua kelas, dia pengawas, dia juga tukang sapu, tukang lap tingkap semua hari-hari. Hari-hari dia, tiada orang lain,” tulis cikgu itu.

Difahamkan juga, jumlah murid yang mendaftar di sekolah itu pada tahun ini adalah sebanyak 10 orang sahaja.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah mendapat 5,500 tanda suka, 931 komen dan 1,100 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang terhibur dengan kejadian yang jarang-jarang berlaku ekoran kebiasannya jumlah murid adalah ramai dalam satu kelas.

“Kalau dia tidak hadir macam mana? Terpinga-pinga cikgu sendirian dalam kelas,” komen Nasfarina.

“Kalau perhimpunan macam mana itu? Tetapi senanglah dia terpilih wakil sekolah untuk sukan olahraga itu cikgu,” komen Stenz Chang.

“Untung murid ini. Macam kelas persendirian dan ‘homeschool’,” komen pengguna yang lain pula.

BACA:

“Nak pergi haji balik hari kot?”, pembeli mengeluh order sotong goreng tepung sekali cekodok pula dapat

Lelaki ini jackpot RM400,000 lepas jumpa duit bawah peti ais secondhand yang baru dibeli, cuba korang cek peti ais kat rumah