Betul ke ‘pakai kereta buruk’ sebenarnya jadi perangkap B40 kekal dalam B40

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Betul ke ‘pakai kereta buruk’ sebenarnya jadi perangkap B40 kekal dalam B40

Kereta macam inilah yang perangkap B40 kekal dalam B40.

Nak repair bagi gerak, mahal, sebab banyak yang perlu diganti. Nak beli baru, loan tak lepas.

Betul ke 'pakai kereta buruk' sebenarnya jadi perangkap B40 kekal dalam B40

Kereta bukan sahaja pembelian kedua terbesar dalam hidup kita selepas rumah, dia pun makan banyak kos running.

Jangan fikir bayaran installment bulanan je.

Kos maintenance, insurans, roadtax, tol, parking fees semua ni kos kena kira jugak.

Minyak kalau tanpa subsidi kerajaan, ikut harga pasaran dunia confirm lagi pening.

Sebab tu banyak negara fokuskan bina pengangkutan awam yang efisyen (aka boleh diharap) supaya rakyat boleh pergi kerja bina ekonomi diri tanpa perlu jadi hamba kepada kereta.

Pengangkutan awam ialah senjata terbaik untuk menyelesaikan masalah ketidaksamarataan ekonomi.

“Alah kau lelaki naik jelah motor” bukan macam tu. Di negara luar, kanak-kanak dan warga tua hidup berdikari dan gembira.

Senang nak bergerak kesana sini kerana tak perlu tunggu orang pandu diorang.

Ada fikir tak mak bapak kita yang dah tua tu? Kau rasa selamat ke dia memandu dengan mata yang kurang jelas?

Masalahnya sekarang ni, tak cukup ramai orang bercakap pasal pengangkutan awam untuk jadi pressure kepada politik kita setiap kali naik pilihanraya topik asyik pasal subsidi minyak, harga kereta dan harga tol. Bukan pengangkutan awam.

Saya mohon B40 semua tolong bisingkan pasal pengangkutan awam. Bukan yang kat Kuala Lumpur je.

Luar bandar pun bisingkan mintak servis bas desa. Pilihanraya dah tak lama lagi. Inilah masa kita bersuara.
– Adzrin Mansor, 2 Julai 2022.

 

BACA: Ini rahsia disebalik pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang, yang no.10 ramai tak sangka ada kaitan dengan ‘saka’