Betul ke lepas operation tak boleh makan telur? Kalau tak nanti bentan, sekali Doktor dedah sebab sebenar.
Bagi para ibu yang bersalin secara normal mahupun caesar pasti diajar supaya mengelakkan makanan yang boleh mendatangkan kemudaratan pada diri termasuklah telur.
Hal ini kerana pantang larang orang dahulu mengatakan makanan tersebut akan membuatkan rasa gataI.
Enggan perkara itu terus dimomokkan pada golongan ibu, seorang doktor bernama Muhammad Izzat tampil memberi penjelasan di Twitter miliknya.
BACA : Doktor Skandal Dengan Bini Orang, Adik Ipar Tampil Dedah Cerita Sebenar!
Protein untuk penyembuhan, hasil sel & tisu baru
Menurut Dr Izzat, para ibu selepas bersalin ataupun operate caesar tidak mempunyai masalah makan telur kerana tubuh perlu protein yang cukup untuk proses penyembuhan dan penghasilan sel serta tisu baru.
Telur putih berprotein tinggi memang digalakkan..
Jelasnya lagi, makanan yang mempunyai protein tinggi seperti putih telur sememangnya digalakkan untuk dimakan oleh para ibu lepas bersalin. Malah makanan-makanan berprotein lain seperti daging merah, bijirin, kekacang, ikan dan sebagainya juga boleh diambil.
Kalau tiada alahan, silalah makan telur tanpa was-was
Tambah Dr Izzat, seseorang itu akan berasa gataI sekiranya dia mempunyai alahan terhadap makanan sedemikian. Sekiranya terjadi, ia akan membuatkan seseorang itu untuk menggarunya sehingga mendatangkan kesan yang teruk pada kulit. Jika sebaliknya, para ibu boleh memakannya tanpa rasa bimbang.
BACA:
Didakwa wujud usaha kerajaan negeri Perak bakal runtuh, sekali MB Perak buka mulut