Betul ke jika ibu tiada pendapatan automatik hilang hak penjagaan anak bila bercerai? Ini jawapan pakar

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Tiada siapa yang menginginkan perkahwinan yang dibina berakhir dengan penceraian. Namun, soal jodoh adalah ketentuan Ilahi.

Apabila berlakunya penceraian, salah satu perkara utama yang menjadi pertikaian adalah hak penjagaan anak.

Banyak golongan ibu yang risau apabila bercerai kerana mereka khawatir tidak akan mendapat hak penjagaan anak disebabkan tidak bekerja

Betul ke jika ibu tiada pendapatan automatik hilang hak penjagaan anak bila bercerai? Ini jawapan pakar

atau tidak mempunyai pendapatan. Adakah benar ibu yang hanya menjadi seorang suri rumah atau tidak mempunyai pendapatan akan kehilangan kelayakan untuk mendapatkan hak penjagaan anak?

Menurut seorang peguam syarie, Peguam Syarie Nurain, melalui perkongsian di laman Facebooknya, ibu yang tidak bekerja atau tidak mempunyai pendapatan tetap, tidak menjadi penghalang atau menyebabkan kehilangan kelayakan untuk mendapat hak jagaan anak.

Beliau merujuk kepada Seksyen 83, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, Negeri Sembilan 2003, yang menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai hak mendidik seseorang kanak-kanak, adalah berhak menjalankan hak terhadap hadhanah jika:

-dia adalah seorang Islam

-dia adalah sempurna akal

-dia berumur yang melayakkan dia memberi kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu
-dia berkelakuan baik daripada segi akhlak Islamiah

-dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk daripada segi akhlak atau jasmani.

“Ramai yang menyangka bahawa isu nafkah dan kewangan menjadi isu utama dalam menentukan siapa yang berhak mendapatkan hak jagaan anak (hadhanah).

Akan tetapi, ramai yang lupa tentang isu kebajikan dalam menjaga, memberikan kasih sayang, dan perhatian kepada anak juga adalah penting.

“Namun, bapa akan diberikan hak lawatan atau lawatan dan bermalam jika hak penjagaan penuh anak diberikan kepada ibu.

“Perpisahan yang terjadi adalah di antara ibu dan bapa sahaja. Hubungan atau nasab bapa dan anak adalah berkekalan selamanya dan tidak akan terputus.

“Paling penting, jangan pisahkan anak-anak dari ibu atau bapa. Yang berpisah itu mak bapa, janganlah sampai anak pun terkesan dengan dendam dan ego masing-masing,” akhirnya.

BACA: “Awal kahwin hidup susah, aku kutip kangkung tepi parit buat makan. Bila dah senang, ada janda datang nak jadi bini nombor 2, dengar syarat aku terus tak jadi”