Baru-baru ini, ada individu yang membuat kenyataan mengenai tindakan mengisi minyak kereta penuh tangki sebenarnya tidak menjimatkan, malah merugikan.
Menurut beliau, minyak penuh tersebut akan menambah beban pada kereta, dan oleh itu, beliau mengesyorkan untuk hanya mengisi minyak mengikut keperluan.
Kenyataan ini telah mendapat banyak respon daripada netizen dan turut menarik perhatian
Dr. Aid Fawzal, seorang pakar aliran bendalir dan permindahan haba. Beliau berkongsi pandangannya tentang perkara ini.
Menurut Dr. Aid Fawzal, tindakan mengisi minyak penuh sebenarnya tidaklah memberikan beban yang signifikan kepada kereta.
Sebagai contoh, bagi kereta Perodua Myvi, Perodua Bezza, dan Proton X70, nisbah berat minyak terhadap berat keseluruhan kereta adalah sangat kecil, kira-kira 3% sahaja.
Ini bermakna, meskipun kita mengisi minyak penuh, tambahan berat minyak tersebut tidak akan memberi kesan besar terhadap prestasi kereta.
Dr. Aid Fawzal juga menekankan bahawa kerugian sebenar dalam penggunaan minyak adalah disebabkan oleh faktor-faktor seperti menyimpan barang berat yang tidak diperlukan dalam kereta, memandu secara melulu, memandu laju yang melampau, dan memasang bodykit yang tidak aerodinamik.
Jadi, adalah penting untuk memahami bahawa mengisi minyak penuh tangki tidaklah merugikan, dan yang lebih penting adalah amalan penggunaan minyak yang bijak dan efisien.