Betul ke beli rumah dapat cashback untung? Ini 5 mitos dalam pembelian rumah

Oleh DAHLIA MARZUKI

Memiliki hartanah sendiri, sama ada kediaman baru, subsale, mahupun tanah persendirian, pastinya akan membuat sesiapa sahaja berasa teruja.

Bagi mereka yang terlibat dalam urusan pembelian buat kali pertama,

pasti akan melakukan carian maklumat mengenai proses berkaitan setelah mengenal pasti lokasi idaman.

Segala pandangan dan pengalaman yang dikongsi di media sosial akan dijadikan panduan untuk memastikan kelancaran proses pembelian.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, seorang perunding hartanah dikenali sebagai Rubi Hasman telah berkongsi

Betul ke beli rumah dapat cashback untung? Ini 5 mitos dalam pembelian rumah

lima mitos yang sering dipercayai oleh masyarakat dalam urusan pembelian hartanah.

1- Beli rumah baru tak perlukan duit

Ramai pengguna beranggapan bahawa semua kos ditanggung oleh bank, tetapi hakikatnya, anda sendiri yang perlu menanggung kerana perlu membuat bayaran bulanan untuk pinjaman. Selain itu, setiap ‘pembelian’ pasti akan melibatkan kos, sekurang-kurangnya untuk menambah aksesori dalaman kediaman seperti lampu, kipas, gril, memasang meter, dan lain-lain.

2- Beli secara terus daripada pemilik lebih murah

Tidak semestinya! Berdasarkan pengalaman Rubi Hasman, terdapat pelbagai senario dan risiko apabila membeli secara terus daripada pemilik. “Kononnya pemilik menjual di bawah harga pasaran, tetapi setelah pembeli bersetuju, baru diketahui bahawa pinjaman kewangan tidak boleh dilakukan 100 peratus dan pembeli perlu membayar wang bezanya,” jelasnya.

3- Beli rumah lelong paling untung

Jika harga rumah masih rendah daripada harga pasaran, mungkin ia menguntungkan. Namun, jika harga bidaan sudah tinggi dan hampir mencecah harga pasaran, ia mungkin tidak menguntungkan kerana kos baik pulih, guaman, dan sebagainya perlu diambil kira. Dalam keadaan tertentu, harganya mungkin sama seperti rumah subsale.

4- Untung kalau ambil cashback

Percayalah, rumah yang mempunyai cashback adalah rumah yang sukar untuk dijual semula kerana harga pasaran belum naik. Harga ketika pembelian sebenarnya adalah harga ‘masa depan’, kecuali jika pembeli merancang untuk tinggal lama di lokasi tersebut.

5- Beli tanah lot lidi lebih murah, boleh bina rumah juga

Memang benar, tanah lot lidi lebih murah berbanding yang lain. Namun, hakikatnya, nama anda tiada dalam geran dan hanya bergantung pada dokumen perjanjian semata-mata.

Sales and Purchase Agreement atau Perjanjian Jual Beli rumah bukanlah ‘dokumen kuat’ sebagai pemilik sesuatu tanah, kerana ‘kad pengenalan’ bagi sesuatu tanah adalah geran asalnya.

BACA: Ustaz ini dedah ‘Taqiyyah’ level tertinggi buat pemimpin Bersatu pun mudah tertipu