Besarnya! Dah macam dekat luar negara, rupanya ini rumah ‘taukey’ YTL

Oleh AHMAD SULAIMAN

Besarnya! Dah macam dekat luar negara, rupanya ini rumah ‘taukey’ YTL

Tan Sri Yeoh Tiong Lay adalah pemilik kepada syarikat konglomerat YTL Corporation.

YTL Corporation terkenal dalam industri pembinaan, perhotelan dan banyak lagi.

Besarnya! Dah macam dekat luar negara, rupanya ini rumah 'taukey' YTL

Pada tahun 2015, beliau adalah orang ke-7 terkaya di Malaysia dengan jumlah harta USD2.8 billion (Lebih kurang RM11.8 billion).

Syarikat YTL bermula dengan industi pembinaan pada tahun 1955 dan kini berkembang di serata dunia. Dikatakan 70% pendapatan syarikat itu adalah dari luar negara.

Berkenaan rumah kediaman Tan Sri YTL ini, rumah ini didiami tiga generasi keluarga beliau direka di atas tanah berkeluasan 3,000 meter persegi.

Ianya direka oleh pereka dari Perancis, Patrick Jouin. Patrick sebelum ini membuat hiasan dalam untuk restoran hotel Plaza Athenee di Paris, di mana keluara Yeoh sangat suka dengan rekaan hiasan dalaman pereka itu.

Patrick mempunyai pengalaman bekerja dengan pereka legenda Philippe Starck, bergandingan dengan Sanjit Manku untuk membina rumah kediaman YTL ini.

Rumah ini mempunyai mempunyai 9 bilik air, setinggi tiga tingkat, ruang tamu yang luas, kolam mandi dan bilik tetamu

. Rumah yang cool ini memang unik dan one of a kind.

Sebagai antara peneraju dalam industri pembinaan, semestinya YTL mahu rumahnya lain dari yang lain. Jom lihat dengan lebih lanjut rekaan dalam rumah YTL ini.

BACA: Lagi kes dera budak, gara-gara bayi usia 2 bulan tak boleh tidur, tindakan bibik ini undang reaksi netizen