Bertudung tapi pakai mini skirt, rupanya gaya baru persembahan hari kemerdekaan

Oleh INFORAKYAT

“Sana yang berjoget, sini yang malu,” sindir netizen lain.

Perbuatan seorang gadis yang selamba berjoget sambil mengenakan pakaian seksi

Di khalayak ramai telah menarik perhatian netizen, lapor portal berita Radar Semarang semalam.

Menurut rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @nenktainment,

gadis tersebut dilihat membuat persembahan sempena meraikan Hari Kemerdekaan Indonesia ke-79 pada 17 Ogos lalu.

Bertudung tapi pakai mini skirt, rupanya gaya baru persembahan hari kemerdekaan

Walaupun memakai tudung, dia kelihatan berjoget sambil mengenakan skirt pendek paras paha dan stokin warna kulit pada kakinya. Lebih mengejutkan, dia melakukan tarian ‘pelik’ seperti menggelek badan dan punggung.

Rakaman tersebut menjadi tular di media sosial dengan lebih 114,000 tontonan dan 738 komen.

“Ini bukan tentang kebebasan untuk menunjukkan bakat, tetapi tentang adab sebagai seorang manusia,” sindir netizen.

BACA: ‘Macam filem Terminator’ Senjata Ai buat keputusan ambil nyawa manusia jadi realiti