“Bertahun suami duduk rumah sebab memilih kerja, bila aku dapat bonus RM1300 dia sedap je mintak

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Dalam perkahwinan, suami isteri memang perlu mempunyai persefahaman dan komunikasi yang bagus supaya tiada pergaduhan yang terjadi.

Tetapi perlu diingatkan juga, suami perlu menanggung tanggungjawab serta komitmen dalam berumahtangga kerana semuanya terletak di bahu sang suami bukan sang isteri.

Seperti wanita ini yang perlu menanggung suami yang diibaratkan sebagai biawak hidup kerana tidak mahu bekerja dan hanya mahu bersenang lenang di rumah.

Assalamualaikum.. Nama saya Nad.. Dah kahwin hampir 4 tahun dan belum dikurniakan zuriat..

Saya bekerja sebagai kerani dan suami suri rumah berjaya..

“Bertahun suami duduk rumah sebab memilih kerja, bila aku dapat bonus RM1300 dia sedap je mintak

Pada 2 tahun lalu suami berhenti kerja sebab bergaduh dengan kawan kerja.. Dan dia tidak bekerja beberapa bulan..

Selama 3 bulan itu saya tanggung semua makan minum dan segala utiliti..

Selepas itu dia berniat untuk buka perniagaan daging bersama abang suami saya..

Selepas 2 bulan ada pergaduhan besar bersama abangnya.. Saya tanggung semula tanggung makan semula..

Selepas 1 tahun suami jadi surirumah berjaya.. Dia mula cari kerja dan pergi interview..

Keesokannya mula bekerja di syarikat pengangkutan.. Tak sampai tengahari dia dah nak balik katanya syarikat tu bagi gaji kecil.. Saya bawa motor dari Rembau ke Klang amik dia bawa pulang ke rumah..

Selang 1 bulan mula interview lagi.. Katanya nak bawa trailer, dah dapat pun kerjanya, tapi hanya 2 hari kerja nak berhenti sebab lori tak selamat tiada signal (sedangkan boleh bagitahu boss repair lori).

Saya pajak dan bagi bonus terus pada dia untuk ke perbelanjaan rumah makan minum air api loan motor dan duit ke Klang minyak dan toll untuk interview kerja..

Dapat kerja malam tu dia chat saya katanya terlalu jauh dengan keluarga.. Nak kerja dekat-dekat dengan rumah.. Saya jemput naik kereta (masa tu saya baru dapat lesen p).. Bawa slow slow.

Selepas 1 minggu interview dapat panggil kerja bawa lori simen seminggu tranning. Hati saya dah mula lega sebab dia nk bekerja.. Ahad dia bagi tahu tak boleh bawa sebab JPJ banyak tak boleh nak buat..

Saya sabar dan terus bersabar.. Interview lagi lori kecil frozen.. Kerja dengan kawan baik dia.. Local dan outstation.. Boleh balik 2 hari sekali..

Pada malam sebelum dia nak pergi kerja dia mengamok kat saya.. Cakap saya memaksa dia kerja.. Saya mendesak dia kerja.. Dan dia kata nak bawa trailer semula..

Dan akhir sekali sebelum raya.. Memanglah kami masih tiada anak tapi dengan gaji 1600 nak bayar rumah RM600 utiliti bayar loan motor 250.. Kuih raya, baju raya belum beli..

Saya rasa sedih tapi tak tunjuk kat suami.. Suami akan marah-marah.

Tib-tiba satu hari sebelum raya Allah bagi rezeki.. Ade 3 orang beli Coway.. Dapat 1300.. Rasa macam nak nangis..

Suami tahu saya dapat bonus Coway dia minta RM500 untuk beli pancing.. Saya tak bagi.. Saya nak beli baju raya dia dan saya..

Saya kahwin tak merasa mewah.. Beli baju raya yang kat shopee RM30 kurung kedah.. Baju melayu suami RM99.. Saya redha dengan sederhana.. Beli kuih barang basah untuk raya.. Tukar duit raya untuk raya 300..

Suami minta saya minta 200 untuk beli pancing, saya bagi.. Dan 2 hari raya ekzos saya pecah dan brek problem terbang lagi 500.. Beli mesin basuh baru 800 sebab saya selalu ke dobi..

Ni dah habis raya belum bekerja.. Dan saya tak akan mendesak dia bekerja malas gaduh lagi.. Sepenuhnya saya usaha sendiri..

Bila balik raya.. Dia akan bercerita mak ayah saya “kitorang makan minum sentiasa cukup” susah macam mana tetap dapat makan ayam ikan udang..

Dia tak pernah fikir macam mana saya nak cukupkan semua keinginan dia.. Kalau duit O dia akan mengamuk maki-maki tak tentu pasal sebab duit takde..

Saya takde tempat nak luah perasaan.. Hidup saya seperti tiada masa depan..

Ade sebab Allah belum dikurniakan zuriat.. Saya redha..

Tapi suami akan tanya bila nak ade anak.. Suruh kurus suruh jaga makan, sedangkan kalau ada anak saya rasa saya tak mampu nak tanggung dengan saya sorang sahaja yang bekerja..

Sekian luahan hati yang saya pendam..

Baca juga: “Adik-adik ipar berebut-rebut ambil mak suruh jaga cucu, sampaikan mak guna duit sendiri upah pengasuh, akhirnya aku buat keputusan buat mereka masam muka”