BERSIH desak pelantikan pengerusi baru SPR bebas politik kepartian

BERSIH desak pelantikan pengerusi baru SPR bebas politik kepartian

Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) berkata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baru mesti individu yang mempunya rekod prestasi yang benar-benar berintegriti dan memiliki kepakaran dalam undang-undang pilihan raya.

Gesaan itu disuarakan Bersih susulan peletakan jawatan bekas pengerusi SPR Azhar Harun untuk menjadi speaker Dewan Rakyat yang baru.

“Selepas PRU14, Bersih bekerjasama dengan SPR yang dipimpin oleh Azhar Harun untuk memperkasakan SPR dan mereformasi sistem pilihan raya kita.

“Pembaharuan yang diperkenalkan telah meningkatkan tatatkelakuan dan ketelusan sistem pilihan raya kita dan meningkatkan reputasi SPR sebagai badan pilihan raya yang lebih telus dan bertanggungjawab,” kata jawatankuasa pemandu Bersih dalam satu kenyataan, hari ini.

Badan pemantau pilihan raya itu berkata, ia pentingnya bagi membolehkan SPR mendapat kepercayaan orang ramai berdasarkan Artikel 114 Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, Bersih berkata pengerusi SPR yang baru mesti:

1. Mempunyai rekod prestasi integriti individu yang terbukti;

2. Mempunyai rekod prestasi yang terbukti adil dan bebas daripada politik dan parti kerajaan; dan

3. Mempunyai rekod prestasi yang terbukti mempunyai pengetahuan / pengalaman / kepakaran mengenai undang-undang pilihan raya dan sistem pilihan raya

Azhar dilantik untuk memimpin SPR oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas berjaya menumbangkan Umno pada Mei 2018.

Beliau bagaimanapun dilaporkan meletak jawatan itu pada 29 Jun.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini di Dewan Rakyat mengemukakan usul untuk menggantikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof dan menggantikannya dengan Azhar.

Usul pertama untuk mengusir Ariff berjaya mendapat sokongan dengan majoriti tipis.

Pada masa ini, timbalan pengerusi SPR Azmi Sharom memangku jawatan ditinggalkan Azhar itu.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/534176

COMMENTS