Bersatu sejak kawan dengan PAS bukan saja “underdog”, tetapi “dog” – Bekas pemimpin Bersatu

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Kekalahan besar calon Bersatu dalam dua PRK berturut-turut, iaitu di Nenggiri dan Mahkota,

Ini adalah isyarat jelas majoriti rakyat Malaysia pasca PRU15, terutama dalam kalangan kelompok Melayu, Muslim

Dan Bumiputera di negara ini, menolak politik 2R (kaum dan agama) yang dimainkan PN.

Bersatu sejak berkawan dengan PAS bukan sahaja dianggap menjadi “underdog”, tetapi “anjing” dalam erti kata yang sebenarnya.

Malah, Bersatu sejak berpisah dengan PH dengan terdesaknya telah menerima watak-watak ekstrem yang dibuang

Bersatu sejak kawan dengan PAS bukan saja "underdog", tetapi "dog" - Bekas pemimpin Bersatu

atau terbuang dari Umno dan PKR sebagai “anjing perang” mereka yang melalak di media sosial dan pentas ceramah.

Selama 24 jam, kelompok ekstrem dalam Bersatu-PN menabur pelbagai fitnah, syak wasangka, paranoia dan provokasi sentimen 2R untuk mewujudkan situasi emosional kelompok Melayu-Islam,

seolah-olah negara ini huru-hara dan tiada Ketua Agama Islam serta kerajaan yang menjaga hak setiap rakyat mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Para provokator ini sudah buntu idea apabila ekonomi negara semakin mantap di bawah Kerajaan Madani yang diterajui Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa Anwar telah pun diampunkan Yang di-Pertuan Agong terdahulu, iaitu Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, dan menjadi perdana menteri atas seruan penubuhan Kerajaan Perpaduan daripada Yang di-Pertuan Agong seterusnya, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, selepas PRU15.

Ramai ahli baru Bersatu zaman PN ini lupa dan tidak tahu bahawa kepimpinan Bersatu di awal penubuhannya, yang ketika itu diterajui Dr Mahathir Mohamad, berulang alik melawat Anwar ketika dia masih bergelar banduan demi mendapatkan sokongan PH, terutamanya PKR, untuk menentang kleptokrat. Itulah maknanya menjadi “banduan terhormat”.

Para provokator dari Bersatu-PN yang didominasi oleh watak-watak buangan Umno dan PKR semakin hilang punca kerana bertentangan dengan roh perjuangan asal Bersatu, yang sepatutnya membawa masyarakat Melayu menjadi lebih moderat melalui pemikiran pragmatik dan rasional, bukannya retorik dan sentimen seperti sikap NGO-NGO yang menunggang istilah “Ketuanan Melayu”.

Imej dan reputasi Bersatu telah “diperkosa” pula oleh mentaliti jumud dan ekstrem PAS yang kita semua sedia maklum bahawa modal mereka ialah menunggang agama dengan melaungkan slogan “Islam terancam di Malaysia”, dengan pesaing politik mereka dilabel “kafir harbi” atau “munafik” secara suka hati. Ahli-ahli Bersatu sudah tenggelam dipengaruhi cara berpolitik PAS yang hanya laku di kawasan-kawasan Melayu ultra konservatif sahaja.

Sebenarnya, Bersatu telah rugi banyak dan rugi besar sejak berpisah dengan PH dahulu. Bersatu bukan sahaja kehilangan negeri-negeri yang ditadbir menteri besar mereka sebelum PRU15, malah terus jatuh menjadi pembangkang selepas itu.

Lebih menyedihkan, PAS pula mengangkat Dr Mahathir sebagai penasihat kepada empat negeri di bawah mereka, memperlihatkan kepimpinan Bersatu makin dipinggirkan.

Siapa yang untung dalam Bersatu sekarang ini jika bukan saf kepimpinan di atas yang mahu mengekalkan kedudukan mereka, sama ada dalam parti atau pun sekadar bangga menjadi Exco dalam kerajaan negeri yang didominasi puak PAS?

Mereka peduli apa dengan nasib masa depan parti, apatah lagi akar umbi dan pelapis muda. Calon PRK Nenggiri pun import dari PAS, malah untuk Mahkota pula calonnya bukan anak muda.

Saya seru kepada para pengasas, akar umbi, dan pejuang tulen Bersatu sejak zaman awal penubuhannya:

Berhijrahlah kalian kepada PKR-PH bagi meneruskan agenda Reformasi, pembaharuan, kemajuan dan memperjuangkan integriti tanpa perlu memainkan sentimen kaum dan agama yang memecah-belahkan masyarakat majmuk negara ini yang rata-ratanya berhaluan sederhana belaka.

BACA: ‘Dulu aku diam bila mak buli aku, sekarang aku maki je mak aku, rupanya belakang aku, dia lepaskan dekat anak istimewa aku’