Hos rancangan Keluar Sekejap, Shahril Hamdan, menyifatkan Bersatu sebagai sebuah parti yang gagal berkembang
walaupun mendapat sokongan yang kuat semasa pilihan raya negeri dan masih mengharapkan undi protes.
Menurutnya, kegagalan ini adalah sangat besar kerana terdapat protes yang meluas.
Mereka tidak mampu untuk berkembang dari segi kepimpinan, retorik, dan naratif.
“Undi dan sokongan Melayu kepada Perikatan Nasional dan Bersatu sudah ada untuk diraih dan dikunci,
Mereka tidak berani mengambil langkah yang sepatutnya untuk merealisasikannya.
“Tiada paparan dasar yang jelas, tiada retorik dan naratif yang dapat memberikan inspirasi kepada orang.
Mereka masih menggunakan pendekatan yang sama, dan segala teguran serta cadangan yang diberikan, bukan hanya oleh kami, tidak diambil serius oleh mereka.
“Mereka hanya menjadi undi protes. Apabila ada isu timbul, mereka cuba mengambil kesempatan.
Mereka oportunistik tetapi tidak mempunyai tema yang jelas tentang apa yang ingin dibawa oleh Bersatu.
“Jika dilihat pada pemilihan ini, tiada wajah baru yang mampu memberikan inspirasi baru,” katanya dalam siaran rancangan Keluar Sekejap.
Shahril dan Khairy membincangkan mengenai pemilihan yang akan diadakan oleh Bersatu pada bulan hadapan.
BACA: Fattah Amin persoal kenapa fail cerai sehari sebelum hari lahirnya