Bersatu gadai perjuangan Melayu Islam

Bersatu gadai perjuangan Melayu Islam

Naib Ketua Pemuda PPBM Ceasar Mandela Malakun menyokong cadangan pucuk pimpinan parti itu mewujudkan sayap baharu bagi membolehkan ahli bersekutu bukan Melayu atau Bumiputera memegang jawatan dalam parti.

Katanya, bagaimanapun cadangan itu tidak harus dilaksanakan tergesa-gesa kerana ia perlu dikaji dengan teliti selain mengambil kira maklum balas akar umbi parti.

“Bagi saya ia cadangan yang positif bukan saja untuk PPBM, tetapi seluruh negara kerana ia memperlihatkan Perdana Menteri Muhyiddin (Yassin) begitu inklusif dengan pelan jangka panjang beliau.

“Selain itu, perkara ini sesuatu yang positif buat kami di Sabah kerana mengambil kira kepelbagaian kaum yang ada di sini dan jika kita dilihat juga, hampir semua pengundi sama ada di kerusi Parlimen atau negeri datang dari pelbagai kaum.

“Bagaimanapun, keputusan mengenai cadangan ini tidak boleh dibuat secara terus dan begitu saja kerana kita perlu mengambil kira cadangan serta perasaan semua ahli dalam parti,” katanya kepada FMT hari ini.

Semalam, Muhyiddin yang juga presiden PPBM berkata, parti itu akan mewujudkan sayap baharu bagi membolehkan ahli bersekutu daripada golongan bukan Melayu dan bukan Bumiputera dapat bersama memegang jawatan dan menyumbang idea.

Katanya, usul itu sudah dikemukakan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti dan jika diterima, 1 mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk meminda perlembagaan akan diadakan supaya sayap berkenaan dapat dibentuk.

Bagi tujuan cadangan itu, beliau berkata 1 jawatankuasa diketuai Rais Yatim sudah ditubuhkan untuk melihat perkara berkenana dan mengemukakan cadangan kepada MPT PPBM.

Sementara itu, Mandela berkata kejayaannya dipilih sebagai naib ketua pemuda PPBM, baru-baru ini, bukti parti itu adalah parti untuk semua rakyat.

“Salah 1 sebab kenapa saya mahu bertanding kerana saya mahu memberi inspirasi kepada orang Sabah khususnya orang muda bahawa kita juga berkemampuan untuk terlibat secara langsung dengan politik nasional.

“Harapan saya, semua orang Sabah termasuk saya sendiri dapat bersama menyumbang kepada pembangunan negara kerana ini adalah sebuah parti untuk semua rakyat Malaysia.

“Adalah tidak benar jika ada dalam kalangan rakyat Sabah menganggap parti ini parti Malaya kerana kita juga diterima oleh mereka, selain saya yang memenangi jawatan naib ketua pemuda PPBM, kita juga melihat Ronald Kiandee berjaya memenangi jawatan naib presiden, ini adalah 1 isyarat bahawa PPBM adalah parti untuk semua,” katanya.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/23/pemuda-ppbm-sokong-bukan-melayu-bumiputera-pegang-jawatan-parti/

COMMENTS