Bersatu akan saman bekas ahli guna logo parti dalam PRK Slim

Bersatu akan saman bekas ahli guna logo parti dalam PRK Slim

PPBM akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya logo parti itu digunakan oleh kumpulan penyokong bekas pengerusi parti itu Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Slim bulan depan.

Setiausaha agung PPBM Hamzah Zainudin berkata, mereka yang mahu menggunakan logo parti itu perlu mendapatkan kebenaran daripada pucuk pimpinan.

“Kalau tak ada kebenaran menggunakan logo parti, mereka tak boleh gunakan,” kata Hamzah yang juga menteri dalam negeri pada sidang media selepas majlis bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Larut, Matang dan Selama, di sini hari ini.

Semalam, bekas setiausaha agung PPBM Marzuki Yahya berkata, pihaknya akan meletakkan calon bertanding pada PRK itu berikutan Pakatan Harapan (PH) memaklumkan tidak akan berbuat demikian.

PRK Dewan Undangan Negeri Slim akan diadakan pada 29 Ogos ini selepas penyandangnya Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Julai lepas.

Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 2018, Mohd Khusairi yang mewakili Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi DUN Slim dengan majoriti 2,183 undi, menewaskan calon PPBM yang bertanding atas tiket PKR Mohd Amran Ibrahim, dan calon PAS Muhammad Zulfadli Zainal.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/07/25/ppbm-akan-saman-bekas-ahli-guna-logo-parti-dalam-prk-slim/

COMMENTS