Bersara awal nikmati kebebasan kewangan, ini 3 tip untuk anda

Oleh DAHLIA MARZUKI

Bersara awal bukan bermaksud duduk rumah tidak buat apa-apa. Sebaliknya bersara awal berkaitan dengan kebebasan kewangan.

Pakar kewangan menasihati orang ramai agar mulakan sekarang untuk simpanan agar diri tidak diperhamba duit.

Anda boleh melakukan apa sahaja yang anda mahu, termasuk bersara awal dan tidak perlu berkerja ketika lanjut usia.

Bersara awal nikmati kebebasan kewangan, ini 3 tip untuk anda tidak terus jadi kuli

Ini 3 tip dikongsikan Financial Faiz untuk anda menikmati kebebasan kewangan dengan tindakannya perlu dimulakan sekarang:

Bersara awal nikmati kebebasan kewangan, ini 3 tip untuk anda

1. Kurangkan makan di luar

Henti atau kurangkan kekerapan makan di luar. Usah terpengaruh dengan kedai tular. Pantang ada tempat makan viral, terus nak serbu.

Walhal, di situlah berlakunya aliran tunai keluar.

2. Cari sumber pendapatan sampingan

Cubalah buka bisnes kecil-kecilan yang lama-kelamaan nanti jadi besar. Boleh wariskan pada anak cucu.

Sebabnya, majikan di tempat anda bukan sampai anda lanjut usia akan terus mengambil anda sebagai pekerja.

Jual air tebu pun boleh asalkan ada bisnes sendiri yang tak perlukan mahir Excel. Hanya tangan dan kaki yang rajin serta paling penting ialah persiapan mental yang tidak mudah mengaku kalah.

3. Balik kampung berkebun dan menternak

Dah pencen balik kampung, buat rumah dalam kawasaan kebun atau dusun buah-buahan. Tanam sayur, bela ayam dan lembu, berdikari, orang kata.

Tanpa hutang keliling pinggang, RM1,000 sebulan pun sudah cukup selesa hidup di kampung. Tapi, itulah. Tip ini hanya terpakai bagi mereka yang masih ada tanah di kampung.

Baca: “Bila duduk rumah abang duit minyak pun nak dihulur, tapi bila duduk rumah aku mak ayah automatic jadi orang kaya OKU”