Bersama PKR saya mengenal erti kemajmukan dan toleransi

Bersama PKR saya mengenal erti kemajmukan dan toleransi

Nama saya Sim Tze Tzin 沈志勤. Dilahirkan dan dibesarkan di Georgetown Pulau Pinang. Masuk sekolah rendah Cina, Sekolah menegah SMJKC. Sehingga umur 19, Saya dibesarkan keliling masyarakat Cina, perspektif Cina dan sentimen kecinaan.

Apabila saya di Universiti, saya mula bergaul dengan kaum lain. Di universiti juga, saya mula menyertai gerakan Reformasi. Saya berkempen untuk PKN pada 1999 di Parlimen Selandar (Alor Gajah). Saya mula memahami masyarakat berbilang kaum, agama dan pemikiran dan perspektif yang lain. Ini perubahan yang besar, walaupun rasa tidak biasa, tapi saya berani terima perubahan ini.

Saya mula sedar bahawa Malaysia adalah masyarakat sangat majmuk. Malaysia perlu pemikiran kepelbagaian, saling faham memahami dan kerjasama semua kaum demi membina negara yang maju. Maka, saya memilih menyertai Parti Keadilan Rakyat. #AkuKEADILAN

Dalam keluarga besar KEADILAN, ia disertai oleh semua suku kaum di Malaysia, dari semua negari, semua wilayah sehingga ke pendalaman.

Hidup dalam parti KEADILAN, memberi perspektif dan pemikiran baru kepada saya. Saya faham pemikiran orang Melayu Kelate berbeza dengan orang Minang Melayu. Orang Iban berbeza dengan orang Ulu. Perbezaan cara kehidupan bandar dengan orang desa.

Saya berpeluang melawat ke semua pelusuk negara, dari pulau nelayan terpencil ke rumah panjang pendalaman. Saya berpeluang berkawan dengan semua kaum dan boleh saling memanggil saudara atau bro… Semua ini menambah ilmu dan menambah pengalaman hidup saya. Semua ini memberi inspirasi kepada saya… Saya rasa tak ada parti lain yang lebih majmuk, lebih pelbagai dan lebih unik daripada KEADILAN. Semua Pemimpin dalam KEADILAN, semuanya mempunyai pengalaman dan perspektif rakyat Malaysia. #KamiKEADILAN

Saya tahu bahawa, masa depan Malaysia penuh dengan pelbagai cabaran baru dan perlu pendekatan baru. Semua ini boleh didebatkan dan dipikul bersama oleh semua pemimpin dalam KEADILAN.

Kepada orang muda di luar sana, jangan hanya hidup dalam kekompong kaum sendiri. Keluarga Malaysia sangat besar dan menarik. Sertailah Parti Keadilan Rakyat demi sama-sama membina semula Malaysia.

FB: SimTzeTzin.MP
Twt: @simtzetzin
Insta: sim_tze_tzin
Web: simtzetzin.com

Parti Keadilan buat satu social media campaign – #AkuKeadilan. Pimpinan Keadilan ceritakan sejarah mereka masuk keadilan, visi dan harapan mereka serta seruan utk rakyat menyertai Keadilan.