Bernilai RM230 juta, wanita dedah sebab enggan jual tanah pusaka ditengah Singapura

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Seorang wanita enggan menjual sebidang tanah yang merupakan satu-satunya kampung yang ada di Singapura.

Sng Mui Hong menolak tawaran untuk menjual tanah seluas 12.24 meter persegi yang bernilai semasa SG$70 juta (RM230 juta) di Kampung Lorong Buangkok.

Dia bersama empat orang saudara kandungnya mewarisi tanah tersebut daripada bapanya, mendiang Sng Teow Koon, yang membelinya pada tahun 1956.

Walaupun tanah itu dilaporkan bernilai SG$70 juta, Mui Hong tetap enggan menjualnya kerana telah berjanji kepada mendiang bapanya.

Anak bongsu daripada empat beradik itu menyatakan dalam satu klip video TikTok ejen hartanah bahawa bapanya ingin menjaga tanah itu untuk keturunan mereka.

Bernilai RM230 juta, wanita dedah sebab enggan jual tanah pusaka ditengah Singapura

“Ia satu dosa besar kerana kamu sudah berjanji kepada bapa kamu (untuk menjaga tanah ini), bagaimana kamu boleh berbohong?” soalnya dalam video tersebut.

Sikap wanita itu mendapat pujian daripada netizen, dengan ada yang menulis bahawa dia tidak mementingkan wang dan menepati janji.

BACA: ‘Mulanya beli helikopter untuk kegunaan sendiri’ Ini kisah jutawan Melayu ramai tak kenal