Berhati-hati buat keputusan sebagai penjawat awam, Hakim sekolahkan Guru Besar

Oleh AHMAD SULAIMAN

Seorang guru besar sekolah rendah di Teluk Intan dijatuhi hukuman denda sebanyak RM10,000

oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah atas tuduhan menggunakan dokumen palsu tiga tahun lalu.

Rosnah Mat Zain, 57, membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Hakim Datuk Ibrahim Osman memutuskan bahawa Rosnah akan dipenjara selama sebulan

jika gagal membayar denda, namun tertuduh telah menjelaskan pembayaran denda tersebut.

Berhati-hati buat keputusan sebagai penjawat awam, Hakim sekolahkan Guru Besar

Menurut pertuduhan, Rosnah didakwa menggunakan dokumen palsu berupa Invois Brickwork Resource bertarikh 6 Disember 2021.

Dokumen itu dikemukakan kepada sebuah sekolah rendah di Teluk Intan bagi tujuan pembayaran pembelian alat muzik piano digital berserta bangku hitam bernilai RM10,200. Perbuatan tersebut dilakukan pada 9 Disember 2021.

Kepentingan Peribadi

Siasatan mendapati tertuduh memilih syarikat milik menantunya untuk membekalkan alat muzik, di mana tertuduh mempunyai kepentingan peribadi.

Kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Nasihat Hakim

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sharul Azuan Ghazali dan Maziah Mansor, sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam penghakiman, Hakim Ibrahim menasihati tertuduh agar lebih berhati-hati dalam membuat keputusan sebagai penjawat awam.

“Selepas ini, berhati-hatilah sebagai penjawat awam. Ini baru hukuman dunia, belum lagi di akhirat. Bertaubatlah,” katanya.

BACA: Penjualan daging babi di pasar malam Setia Alam cetus perdebatan sampai MBSA terpaksa bersuara