Bergaduh bagai nak rak, Puteri Sari akhirnya mengaku hanya ‘marketing’Akhir-akhir ini, dapat dilihat para usahawan serta influencer seolah sanggup melakukan apa sahaja dalam bagi tujuan dirinya tular sekaligus menjadi netizen orang ramai dalam usaha melariskan produk yang ditawarkan.
Situasi ini nampaknya sekali lagi berulang melibatkan ‘pergaduhan’ antara seorang influencer Puteri Sari dengan usahawan Siti Jamu Mall. Difahamkan punca pertelingkahan ini berlaku apabila Puteri Sari menerima tawaran paid review daripada Siti Jamu Mall.
Dalam pada itu, perkara sebaliknya berlaku apabila Siti Jamu Mall didakwa memberi wang palsu bernilai RM10,000 sebagai bayaran buat Puteri Sari sekaligus membuatkan pihak Puteri Sari mencampak wang berkenaan serta dipertontonkan oleh orang ramai.
Di sangka benar-benar bergaduh, Puteri Sari baru-baru ini akhirnya mengaku apa yang dilakukan telah dirancang oleh Siti Jamu Mall bagi tujuan pemasaran atau marketing sahaja.
Situasi menjadi lebih keroh apabila ‘perjanjian’ kes berkenaan yang dijanjikan untuk tiga hari berlarutan apabila Puteri Sari mendakwa Siti Jamu Mall seolah memanjangkan isu ini yang sekaligus mengganggu jadual kerja Puteri Sari. Malah, pergaduhan yang berlaku turut mendapat perhatian Dato’ Seri Vida dan juga influencer Puspa Gomen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen seolah dapat mengagak ‘pergaduhan’ yang berlaku sebelum ini hanyalah sekadar gimik. Tidak kurang juga risau melihatkan trend menipu demi viral ini semakin mendapat tempat.
@dayahae__ Rupanya marketing kes duit palsu😥 #duitpalsu @jamumall_hq @puteriisarii ♬ suara asli – gabut woi
BACA:
Pakai songkok, lelaki buang patung hindu dalam tong sampah rupanya bukan islam?
Panas !!! Zuraida umum keluar Bersatu, bakal letak jawatan menteri