‘Bercuti di Thailand ni semua murah, bukan macam Malaysia banyak scam’

Bercuti di Thailand ni semua murah bukan macam Malaysia banyak scam

‘Bercuti di Thailand ni semua murah, bukan macam Malaysia banyak scam’. Sejak beberapa hari ini agak panas dibincangkan tentang trend pelancong tempatan bercuti di negara jiran sehingga kunjungan pelancong ke Langkawi turun mendadak hampir 50 peratus.

Thailand boleh dianggap sebagai destinasi percutian yang berbaloi bagi rakyat Malaysia berbanding negara-negara lain yang mempunyai nilai mata wang lebih besar.

Orang ramai yang telah melancong ke negara Gajah Putih itu turut mengakui dengan berbekalkan bajet tidak sampai RM500, mereka boleh bercuti selama tiga hari dua malam dan merasai segala jenis makanan Thai yang menjadi buruan ramai.

Seperti yang dikongsi pemilik akaun Twitter Meran, dia berkata dengan berbekalkan bajet RM300, dia boleh bercuti di Hat Yai selama tiga hari dua malam. Dia juga menginap di hotel bajet dengan harga RM32 satu malam yang terlihat sangat luas, bersih dan kemas.

Rata-rata yang bercuti ke bandar yang cukup terkenal di wilayah Songkhla itu tidak akan melepaskan peluang untuk merasai pengalaman ‘food hunting’. Begitu juga individu ini yang memberitahu bahawa makanan di sana serba serbi murah selain saiz hidangan tidak kedekut.

'Bercuti di Thailand ni semua murah, bukan macam Malaysia banyak scam'

“Bukan nak cakap apalah. Aku pun baru balik dari Thailand. Dengan hanya RM300 je aku boleh stay dekat Hat Yai 3 hari 2 malam. Makan sedap dan murah nak mampus. Portion pun banyak. Hotel murah gila. 7e pun murah gila. Semualah murah dan sedap. Kat Malaysia…hmm banyak scam je.

“Hotel bajet RM32 satu malam, tak macam OYO hotel ya. Memang cantik, katil jenis Queen cuma seterika je tak ada. Di Asean Neight Market, udang galah RM12 dapat empat ketul. Mee celup RM6. Teh Ais Thai RM2.50 dan pulut mangga RM5,” ciapnya.vggggggg

Berkongsikan perincian perjalanannya ke Hat Yai, individu berkenaan memberitahu dia hanya menggunakan pengangkutan awam dari ETS KL Sentral ke Padang Besar dengan harga tiket RM106. Kemudian dengan kos RM7 pula, dia menaiki tren shuttle Padang Besar ke Hat Yai.g

Di sana, dia juga menempah perkhidmatan tuktuk berjumlah RM40 untuk trip pelancongan selama dua hari ke enam tempat menarik.

“Burger famous dorang RM3. Aku beli 4 jenis shrimp dan ayam cheese. Sedap nak mampus! Senang cerita untuk makan ni kebanyakan semua di bawah RM10. Portion besar dan sedap! RM30 tu macam-macam kau boleh dapat untuk makan kat Asean Night Market,” kongsinya.

Perkongsiannya itu membuatkan ramai tertarik untuk bercuti ke Thailand selain meluahkan jika melancong di dalam Malaysia dengan anak kecil, satu hari sahaja boleh habis hingga RM500.

BACA:

Sebab RM50K, anak tetak ibu sampai mati, buang pulak dalam tong sampah

HR-V 2022 dapat skor 5 bintang dalam test keselamatan

Banjir besar di Pakistan surut dalam tempoh 6 bulan lagi, ini keadaan sekarang

CATEGORIES