Bercinta dengan adik, kahwin dengan kakak – “dah macam drama TV”

Bercinta dengan adik kahwin dengan kakak dah macam drama TV

Bercinta dengan adik, kahwin dengan kakak – “dah macam drama TV”. Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang wanita menahan rasa sedih ketika menghadiri perkahwinan bekas teman lelakinya bersama kakak kandungnya sendiri, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @jodohnya57k.

Wanita berbaju ungu itu mengaku tidak dapat menahan rasa sedih melihat detik-detik ijab kabul dan majlis perkahwinan tersebut.

“Kejutan awal tahun 2023, teman lelaki saya menjadi suami kepada kakak kandung saya sendiri. Saya tidak membenci, saya tidak marah dan tidak menyimpan dendam tetapi saya mahu menjerit di tengah-tengah orang ramai.

“Saya belum bersedia dan saya tidak cukup kuat untuk menerima kenyataan pahit ini, saya lemah,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.

Bercinta dengan adik kahwin dengan kakak dah macam drama TV

Dalam video berdurasi 13 saat itu, wanita berkenaan mengatakan bahawa tiada seorang pun dalam keluarganya yang memahami perasaannya. Dia masih berasa sakit hati dan tidak mahu bersedih sendirian.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
@jodohnya57kaku percaya yg namanya jodoh tapi bisakah tidak secepat ini misalnya beri aku waktu sebentar untuk menguatkan diri atau setidaknya dari pihak keluargaku (orangtua) mengerti perasaan ku, pahami sedikit rasa sakit ku,tidak akan lama kok tapi seenggaknya aku tidak mengobati luka sendiri, rangkul aku kuatkan aku bukan malah kalian seperti sengaja membiarkan aku sedih sendirian♬ Usik – Feby Putri

“Percayalah anda pasti akan mendapat pengganti yang lebih baik daripada dia,” komen seorang netizen.

“Saya fikir ia hanya fiksyen, ternyata benar,” komen netizen lain.

BACA:

Ustazah Siti Bahyah mengamuk MAS halang 16 keluarganya ‘check in’

Dah lama hidup bermadu, Shikin Maembong kongsi pengalaman pahit manis

CATEGORIES