“Bercinta 2 tahun, perkahwinan cuma tahan 3 bulan, sayang memang sayang, akhirnya Polis masuk campur dan bersetuju untuk urus step seterusnya”

Oleh DAHLIA MARZUKI

Salam semua. Saya terpanggil untuk menulis dengan niat perempuan di luar sana kalau ada kawan – kawan atau family yang meminta nasihat

Mengenai keg4nasan rumahtangga, boleh laa menggunakan pengalaman saya yang gelap ini sebagai pengajaran.

Saya ada terbaca confession did3ra em0si dan fizikaI ketika mengandung dan confessor ada mengatakan suami dah mula naik tangan dari mengandung anak pertama.

"Bercinta 2 tahun, perkahwinan cuma tahan 3 bulan, sayang memang sayang, akhirnya Polis masuk campur dan bersetuju untuk urus step seterusnya"

Saya baru berkahwin pada awal Mei. Suami merupakan seorang yang baik, bantu membuat kerja rumah, dan tidak berkira hal nafkah. Saya anak kedua dari empat adik beradik, bekerja, dan mempunyai kelulusan sarjana.

Kejadian baru berlaku tengah bulan lapan. Masih segar dalam ingatan ni. Pada hari ahad kami plan untuk pulang ke rumah keluarga suami tetapi kerana mereka keluar pergi kenduri kami memilih untuk duduk di rumah sahaja.

Kami menerima jemputan mengejut dari abang saya untuk datang ke rumah mereka kerana kakak ada masak daging kambing pada hari tersebut. Saya menerima pelawaan itu kerana menganggap suami juga turut berada di dalam whatsapp group family kami.

Secara tiba – tiba suami mengatakan sekiranya tidak ke rumah familynya, kami tidak akan ke mana – mana. Saya merasa terk3jut dan meminta untuk pergi juga kerana ingin berkumpul bersama keluarga. Suami bertindak menolak saya jatuh dari kerusi dan menyeret saya masuk ke bilik.

Ketika itu segala kes4kitan buat saya pun bermula. Habis di muka, kepala , leher. Saya menjerit meminta tolong dan suami cuba untuk kunci saya di dalam bilik. Saya tolak pintu dan suami mula gunakan kaki dia. Saya menjerit meminta tolong dan alhamdulillah security datang ke rumah.

Telefon saya pecah dibaling suami. Saya meminta security untuk telefon ibu dan ibu mertua saya untuk menyelamatkan saya. Abang saya datang menyelamatkan saya setelah ibu meminta abang untuk datang. Di sini saya ingin kongsikan langkah – langkah yang boleh diambil sekiranya ada berada dalam situasi keg4nasan rumah tangga :

1. MedicaI report: sila terus ke kIinik berdekatan untuk mendapatkan pengesahan keadaan anda selepas dipukuI. Jangan takut untuk berkongsi dengan doktor. Saya mendapat surat referral letter ke hospitaI kerana doktor suspek berlaku pend4rahan atau keretakan pada tengkorak kepala.

Anda boleh ke kIinik swasta sekiranya tidak mahu jadikan kes polis. Setelah x-ray di hospitaI kerajaan, Doktor mengesahkan hidung saya patah. Saya di refer di bahagian zon kuning dan tempoh check up tidak lama. Mungkin diberi priority case.

2. Talian Nur : Saya mengalami gangguan em0si yang teruk kerana sepanjang tiga bulan bersama suami adalah moment yang cukup indah dalam hidup saya. Family meminta untuk saya berpisah dengan suami tapi saya seolah olah tidak boleh menerima kenyataan ini.

Saya terlalu tertekan dan membuat panggiIan ke talian nur. Kaunselor mengatakan saya perlu terus bercerita pada orang terdekat kerana itu adalah proses untuk membuatkan saya tidak in denial dan lebih mudah menerima kenyataan.

Kaunselor juga mengatakan sekiranya dia boleh panggil semua patient dia percayalah mereka akan suruh saya tinggalkan perkahwinan ini sebab masih di awal stage dan tiada komitmen yang terik4t.

3. Kauseling Jabatan Agama : Anda boleh dapatkan khidmat nasihat secara percuma dari JA mengenai masalah rumahtangga anda. Saya meminta suami untuk datang ke JA (Jabatan Agama) untuk sesi kaunseling kerana tidak mahu campur tangan keluarga dan niat saya untuk menyelamatkan rumah tangga ini.

Suami mengaku memukuI saya kerana sudah lama memendam rasa dengan saya. Tapi kaunselor bertanya mengapa tiada komunikasi dan terus menghukvm. Badan isteri adalah kehormatan isteri. Tidak ada akan ada alasan untuk suami memukuI saya sek3jam itu. JA meminta saya untuk meneruskan laporan polis bagi tujuan keselamatan saya.

4. Laporan polis : Jangan takut untuk membuat laporan polis (covering report) kerana laporan tidak bermakna mendakwa. Cukup untuk membuktikan bahawa kita berkata benar. Saya dipanggil untuk memberi keterangan dan polis sendiri cakap yang semua lelaki ada baran. Sama ada boleh kontrol atau tidak sahaja.

Dan tempoh tiga bulan terlalu cepat untuk lelaki bertindak sedemikian. Polis juga offer sekiranya saya setuju untuk mendakwa mereka akan menguruskan step seterusnya. Sekiranya pihak awam yang memukul kita, charge nya adalah denda dan penjara. Tetapi sekiranya pukuIan dari ibu, bapa, anak atau pasangan, charge nya adalah penjara minimum setahun kalau tak salah saya.

5. Kaunseling bersama Jabatan Kebajikan Malaysia : saya bersyukur kerana JA menyalurkan saya pada JKM untuk mendapatkan sesi kaunseling berkaitan keg4nasan rumahtangga pada hari yang sama. Kaunselor mengatakan saya perlu menerima kenyataan yang saya telah pun masuk dalam perkahwinan yang ada keg4nasan. Sama ada deal with it or leave it.

Prosesnya ada 4 step. Pertama tr1gger. Kedua action (memukuI). Ketiga memujuk. Dan keempat honeymoon (di mana dia akan kembali seperti biasa memberi layanan yang baik). 99% lelaki gagal keluar dari masalah ini. Orang yang mencekik adalah orang yang ada keinginan untuk membuat lebih pada itu, saya harap pembaca fahamlah maksudnya. Dan cycle ini akan terus berputar. Saya diberikan rawatan untuk berdepan dengan tr4uma tersebut.

6. Khidmat biro guaman negeri : Saya ada telefon untuk mendapatkan beberapa nasihat sebelum bercerai dengan suami di biro guaman negeri tapi saya memilih untuk melantik guaman luar kerana tidak melepasi kelayakan gaji dan saya rasa guaman luar lebih bertindak pantas.

Saya dalam proses untuk membuat tuntutan mutaah walaupun hanya tiga bulan perkahwinan. Ini termasuk saman dan tuntutan ganti rugi. Setelah melalui lima proses ini. Saya merasakan negara kita cukup memberikan perlindungan kepada para wanita.

Tetapi yang sedihnya kenapa saya harus meminta perlindungan sana sini sedangkan yang patut melindungi saya adalah suami saya sendiri. Saya menjadi tersedar dan bersetuju untuk berpisah secara baik. Telefon saya telah digantikan semula dan suami melepaskan saya di depan hakim.

Saya bercinta selama dua tahun namun jodoh saya hanya bertahan tiga bulan. Saya dalam proses untuk menuntut mutaah dan pamp4san ganti rugi dari pihak bekas suami. Doakan saya para pembaca sekalian. Sepanjang tempoh iddah ini juga saya banyak dengar podcast dan video mengenai keg4nasan rumahtangga untuk membantu saya dari terus hidup in denial.

Sayang memang sayang tapi mampukah kita hadap kehormatan kita dih1na dengan alasan lelaki tidak dapat kawal diri? Nyawa bukan sesuatu yang patut dijadikan taruhan. Nasihat saya pada wanita luar sana, jangan takut untuk ambil action sekiranya kehormatan kita dipijak.

Put love aside, your self worth is the most priority. Your lover won’t hit you this much if he really loves you. Kepada suami yang menyayangi isteri dan tak berkasar, tahniah kerana anda telah wujudkan persekitaran yang selamat untuk isteri anda. Again. Love yourself. – Shakila (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Lynn Abd Latiff : Hebatnya ujian Puan.Takde satu sebab pun yang mengizinkan suami angkat tangan tahap nak membvnvh macam tu. Islam tak ajar cara mendidik isteri dengan cara kekerasan. Semoga dipermudahkan urusan tuntutan Puan.

Zahrah Adlan : Semoga Allah mudahkn urusan puan hadapi tr4uma ni dan bertemu lelaki yang lebih baik akan datang. Hugs dari jauh.

BACA: “Bulan tu aku dapat bonus tapi bila cek akaun bank tinggal RM2.26 sen je! Rupanya suami aku ambil, alasannya buat aku terkedu”