Berbulan tanam periuk api, Korea utara nekad letupkan infrastruktur sempadan Korea selatan

Oleh AHMAD SULAIMAN

Korea Utara hari ini telah meletupkan bahagian jalan simbolik yang menghubungkannya dengan Korea Selatan,

Menurut kenyataan tentera Seoul, yang menambah bahawa mereka telah melaksanakan operasi ‘tembakan balas’ sebagai respons.

Tentera Pyongyang minggu lalu berjanji untuk menutup sempadan selatannya secara kekal

selepas menghabiskan berbulan-bulan meletakkan periuk api dan membina penghadang anti kereta kebal.

Tindakan ini diambil selepas pemimpin tertinggi negara itu, Kim Jong-un, mengisytiharkan Korea Selatan sebagai musuh utama.

Berbulan tanam periuk api, Korea utara nekad letupkan infrastruktur sempadan Korea selatan

Minggu lalu, Korea Utara menuduh Seoul menggunakan dron untuk menggugurkan risalah propaganda anti-rejim di ibu negara, Pyongyang. Kim Jong-un hari ini mengadakan mesyuarat keselamatan untuk mengarahkan rancangan ‘tindakan ketenteraan segera’ sebagai tindak balas, menurut laporan media Korea Utara.

“Korea Utara telah meletupkan bahagian jalan Gyeongui dan Donghae di utara Garisan Persempadanan Tentera (MDL),” kata Ketua Turus Bersama Korea Selatan. Ini merujuk kepada infrastruktur yang pernah menghubungkan kedua-dua negara.

“Tiada kerosakan pada tentera kami, dan pasukan kami melakukan serangan balas di kawasan selatan MDL,” tambahnya.

Jalan raya di kawasan tersebut telah lama ditutup, tetapi tindakan memusnahkannya menghantar mesej yang jelas bahawa Kim Jong-un tidak berminat untuk berunding dengan Selatan, menurut pakar.