Berbezanya cara kita layan orang politik berbanding orang miskin

Berbezanya cara kita layan orang politik berbanding orang miskin

Jika artis itu penagih dadah kita minta masyarakat bantu artis itu utk pulih tapi kalau org biasa menagih dadah kita kata itulah sampah masyarakat.

Jika artis rampas suami org kaya hingga bercerai dia dgn isterinya… kita buat2 tak tahu je, tapi jika org biasa rampas suami org… perempuan tu kau hina dan caci macam nenek kebayan kau buat.

Jika org politik mencuri kita kata dia belum tentu bersalah walaupun dlm rumah dia ada ratusan juta ringgit… kita suruh dia ke mahkamah membela diri. Tapi org miskin curi roti kita belasah dia setengah mati walaupun lelaki itu mencuri kerana anaknya dah 2 hari tak makan…. dia dipukul beramai ramai dan tak diberi peluang membela diri kenapa dia mencuri.

Jika org kaya berjenaka walaupun jenaka bodoh kita ketawa sampai mengalir air mata tapi jika org miskin ingin berkata sesuatu yg benar kita pandang sinis. Sebab kita melihat siapa yg berkata bukan apa yg di kata.

Jika makan di hotel walaupun mahal dan service teruk, kita siap bagi tips lagi. Makcik jual kuih walaupun 50 sen satu kita kata mahal. Malah balance 50 sen tu kita siap ambil.

Jika wanita itu cantik walau dia menulis bodoh di FB tetap ramai yg like tapi kalau perempuan biasa2 je tulislah penuh dgn ilmiah tak sampai 10 org like.

Jika org Bosnia tersiksa kita siap dtg ke sana bawa ke sini pelihara hingga 10 tahun lamanya. Ramai yg sanggup jadi keluarga angkat. Tapi kalau bangsa itu berkulit gelap, buruk… jangan kata nak jemput atau beri bantuan sementara…malah kita maki hamun lagi mereka dgn kata2 penghinaan.

Just nak bagitahu tu je pada kawan2….aku bermuhasabah diri

Sumber:

COMMENTS