Beratur panjang di gerai Syahmi Sazli, lelaki dedah “teknik rahsia” diguna youtubers itu

Beratur panjang di gerai Syahmi Sazli, lelaki dedah “teknik rahsia” diguna youtubers itu. Seronok tengok dia niaga. 170 bag ice ni lebih kurang 80-85 balang. Dia jual RM5 dan sebalang dapat 35-40 pax jadi pendapatan kasar RM12k-RM14k

Seronok kira jualan orang kan, cuma post ni saya tulis apa kita boleh belajar

1) Hari hari live

Dia start jual pada 13 April di depan office je. Tengok gambar pertama, hari pertama takde orang pun beratur. Dia buat live. Tengok hari kedua dah start orang beratur

Kita kalau suruh buat live – taknak buat alasan kita bukan orang glamer xde orang tengok 😅

Sebab kita tak glamer lah kena buat live selalu, bagi orang tahu

2) Jual mata dulu kemudian baru lidah

Masa live dia buat air. Susu satu balang 10 tin. Tiada air gula. Lepas tu taruk ice cream. Saya yang kat luar Kelantan ni pun teliur tengok nak pergi beli terus je
!
Kita meniaga air balang, make sure presentation tip top, masa puasa ni kita kena jual kepada mata dulu, orang tengok sedap di mata dia beli. Sedap kena tekak, esok dia repeat

3) Selalu evolve

Dari hari pertama hingga semalam dapat jual hingga 75 balang dia selalu berubah. Selalu ada menu baru, harga baru. Dulu RM3 dan RM5 tengok yang banyak demand RM5 dia maintain yang tu sahaja

Kita menjual air balang kena keep mencuba apa yang sesuai. Jangan takut. Tengok kawasan kita suka air apa, ada demand kita teruskan, takde demand kita tukar yang lain

May be an image of 1 person and text that says "Syahmi Sazli Production 15h Sabyan Gambus Terima kasih semua.. terima kasih Allah atas rezeki yg tak disangka pada bulan Ramadhan ni. Maaf yg mana tk sempat tdi, brg habis awal.. tadi habis lebih kurang 860 tin susu + 170 beg ais.. Buah strawberry habis dlm 30kg.. Insyaallah esk mi standby lebih banyak sikit. Kedai mi blh waze: "Syahmi Sazli Production office baru" Menu air: 1) Air Strawberry + Aiskrim Buah Strawberry 2) Air Jagung Aiskrim Jagung Manis Tin 3) Air Keladi + Aiskrim Air Milo Aiskrim"

4) “Maaf deh lamo tunggu”

Tengok video dia, isteri dia keep minta maaf sebab lama pelanggan tunggu. Itu kuasa yang pelanggan dengar pun sejuk.

Ni mencuka masam sebab penat, orang beratur pun penat jugak tau. Mulut kena manis nak niaga ni, kalau malu kena letak orang yang tak malu di depan

5) Operation tip top

Saya sebenarnya skeptical jugak boleh buat 170 bag ice ni, tapi operation tulah kita kena belajar macam mana dia buat.

Saya tengok ada 10 balang di depan dan di belakang ada standby 5-6 balang lagi. Air ada 4 jenis je jadi mudah untuk operation sediakan.

Walaupun korang dah 5-6 tahun jual paling banyak 40 bag ice, kena belajar bagaimana operation dia buat. Bukan kondem tapi kita belajar

Tu saja 5 point yang saya nampak. Ya dia influencer ada unfair advantage tapi kalau influencer semata tapi rasa, harga kelaut orang takkan datang repeat dan support


Good luck untuk semua!

TONTON :

BACA:

Seorang lagi rakyat Malaysia akan dihukum gantung esok di Singapura

Kerajaan halang 3 jenis kenderaan ini berada di jalan raya

 

CATEGORIES