“Berat lagi bahu memikul…” Suami mati tergantung, isteri cedera akibat bebanan hutang

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Seorang lelaki ditemukan mati dalam keadaan tergantung di dalam bilik air di sebuah unit rumah pangsa di Taman Desa Botani di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, isterinya yang berusia 50 tahun pula ditemukan

Dalam keadaan lemah dengan kesan kelar pada kedua-dua belah tangan.

“Berat lagi bahu memikul…” Suami mati tergantung, isteri cedera akibat bebanan hutang

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata,

siasatan awal mendapati kejadian bunuh diri dan cubaan bunuh diri itu berpunca daripada tekanan beban hutang.

“Si suami yang berusia 36 tahun ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung di dalam ruang tandas di bilik utama rumah.

Shahrulanuar berkata, hasil siasatan mendapati pasangan itu menjalankan perniagaan produk kecantikan.

Jelasnya, akibat tertekan dengan beban hutang yang tinggi mendorong mereka bertindak di luar kewarasan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, di sini untuk bedah siasat dan isterinya turut dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut laporan kes mati mengejut dan Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh diri.

BACA: Kerana suami sibuk kerja, isteri orang tergamak bercinta dengan 300 lelaki, raih RM 250k dari semua teman lelakinya