‘Beras perang makan banyak pun menggemukkan’ – Ini nasihat untuk kurus ikut poket sendiri

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Mereka yang kononnya mengamalkan diet untuk tampil kurus mungkin ada yang lupa makan banyak beras perang pun boleh menggemukkan.

Terdapat juga anggapan bahawa perlu rabak poket untuk dapatkan makanan yang sihat.

Malah, sudah jadi kelaziman ada yang ‘mengharamkan’ makanan sedia ada yang dijamahnya sebelum ini.

‘Beras perang makan banyak pun menggemukkan’ – Ini nasihat untuk kurus ikut poket sendiri

Padahal, boleh saja nikmati saja makanan yang selama ini biasa diambil sebabnya disiplin yang paling penting dalam diet ialah kawalan kuantiti sahaja.

Makanan juga boleh dipelbagaikan kerana kurus itu hadir melalui penjagaan kalori mengikut keperluan sendiri. Tidaklah hanya bersarapankan oat atau roti perang sahaja.

Ikuti kupasan jurulatih kecergasan, Arif Sukri yang juga dipanggil ‘Ustaz Fitness’ ini tentang pentingnya diet tanpa stres mengikut cara kita sendiri:

“Kalau nak kurus kenalah makan beras perang je. Lauk pun mana boleh makan ayam sebarangan. Carilah salmon macam tu, baru boleh kurus.”

Tegur si Nabila pada Leha yang baru nak mula diet.

“Oh. Aku sebenarnya tak berapa lalu nak makan ikan salmon. Lepas tu harga pun keras sangat.”

‘Beras perang makan banyak pun menggemukkan’ – Ini nasihat untuk kurus ikut poket sendiri

“Kau ni kalau nak diet kenalah korban sikit. Melabur makanan yang mahal, barulah berjaya.”

Kawan-kawan, benarkah apabila mula diet perlu kepada makanan yang tertentu sahaja?

Pertama, kita kena faham. Progres diet tidak semuanya berkait dengan sumber makanan secara keseluruhan. Tapi berkait juga dengan kawalan kuantiti yang diambil.

Bahasa mudah. Bukan beras perang buat kita kurus. Bukan juga hanya ikan salmon yang terbaik dalam diet.

Semua makanan baik dan harus untuk ambil. Selagi mana kawalan kuantiti masih lagi terjamin.

Beras perang, dimasak kemudian makan dengan tanpa kawalan juga boleh gemukkan badan.
Nasi lemak jika makan dalam kawalan, tetap boleh kuruskan badan.

Yang utama ikut pada selera dan bajet sendiri. Ciptakan diet versi anda sendiri.

Baru diet kita tak stres kan?

Baca:Pemilik syarikat pencetak Harakah dah kritikal , Pas masih liat bayar hutang