Seorang wanita bertindak menyimbah asid ke kemaluan suaminya, menyebabkan kecederaan parah selepas mengetahui suaminya telah berkahwin buat kali kedua.
Wanita yang dikenali sebagai VI itu menyimbah asid dan air sambal ke kemaluan suaminya, mengakibatkan luka melecur di beberapa bahagian badan.
Menurut kenyataan polis tempatan, VI merasa sangat marah dan emosional selepas mengetahui bahawa suaminya telah berkahwin buat kali kedua.
“Suspek adalah seorang suri rumah yang menyimbah asid sulfurik pekat dan air sambal ke kemaluan suaminya sehingga menyebabkan luka melecur,” kata pihak polis.
Kejadian bermula selepas suspek melihat gambar suaminya bersama wanita lain di laman media sosial Facebook,
yang menunjukkan mereka sedang berkahwin. Suspek merasa dikhianati kerana perkahwinan tersebut dilakukan tanpa pengetahuan beliau.
“Suspek merasa terkhianat dan terus menyimbah asid serta air sambal yang disimpan dalam botol minuman.
Mangsa yang terkejut dengan tindakan itu segera membuat laporan di balai polis terdekat,” tambahnya.
Mangsa mengalami luka melecur di beberapa bahagian badan termasuk muka, dada, paha, dan kemaluan.
Selepas kejadian, mangsa membuat laporan polis dan pihak berkuasa segera menjalankan siasatan serta menangkap VI yang cuba bersembunyi.
Suspek kini berdepan dengan hukuman penjara selama 10 tahun atas perbuatannya
BACA: Ingat rekaan, tak sangka berlian dalam filem Titanic wujud, ini nilai sebenarnya sekarang