Berang Mcd jadi perpustakaan, mahasiswa ini berdemo buat ramai netizen sokong

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Berang Mcd jadi perpustakaan, mahasiswa ini berdemo buat ramai netizen sokong

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai isu kisah pelajar yang belajar di restoran makanan segera McDonald’s

Mereka bertindak menegur pelanggan lain yang bising sehingga menggangu fokus mereka untuk belajar.

Berang Mcd jadi perpustakaan, mahasiswa ini berdemo buat ramai netizen sokong

Perkara itu mendapat perhatian ramai yang bersetuju bahawa pelajar tidak sepatutnya belajar di tempat tersebut dan sepatutnya memberi keutamaan kepada pelanggan yang ingin menjamu selera.

Kata netizen lagi, tiada masalah untuk belajar di restoran makanan segera itu tetapi perlulah terima dengan keadaan disitu yang bising kerana ianya tempat makan dan bukan tempat untuk belajar.

Meskipun ramai yang menyokong, namun perkara itu menimbulkan rasa tidak puas hati seorang pelajar universiti awam ini yang tampil mempertahankan tindakannya. Menurutnya, pelajar yang datang bukan hanya duduk tanpa membeli apa-apa langsung.

Malah, pelajar itu turut menyelar sikap ibu bapa yang membawa anak-anak mereka ke restoran tersebut walaupun pada tengah malam kerana kebiasannya pelajar akan mengulang kaji pada lewat malam di restoran itu memandangkan cawangan itu beroperasi selama 24 jam.

Seperti sudah dijangka, perkongsian pelajar itu mendapat kecaman hebat daripada netizen yang berulang kali mengatakan tiada masalah untuk belajar disitu tetapi perlu ‘hadap’ dengan suasana bising kerana itu adalah tempat awam.

Malah, kata netizen lagi mereka yang datang belajar disitu juga tiada hak untuk meminta atau menegur pelanggan lain untuk diam.

Isu itu nampaknya mendapat perhatian pihak McdDonald’s sendiri yang tampil memberikan respon mereka mengenai perkara itu.

Apa pendapat anda tentang perkara ini? Tiada masalah untuk belajar di restoran makanan segera, tetapi jika harapkan suasana senyap mungkin disitu bukanlah tempat yang sesuai atau boleh datang pada bukan waktu kemuncak.

BACA: Larian ke joging? Atlet Somalia catat masa paling lambat larian 100m, rupanya jadi atlet guna kabel