Berang anak kena pukul di Taska, tindakan bapa budak ini buat netizen puas hati

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Berang anak kena pukul di Taska, tindakan bapa budak ini buat netizen puas hati

Selepas tular video seorang kanak-kanak dipercayai didera di sebuah taska,

Muncul satu lagi video dipercayai bapa kepada kanak-kanak berkenaan yang bertindak menyerang pengasuh di taska tersebut.

Selepas tular video seorang kanak-kanak dipercayai didera di sebuah taska, muncul satu lagi video dipercayai bapa kepada kanak-kanak berkenaan yang bertindak menyerang pengasuh di taska tersebut. Video berdurasi 29 saat itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) lanjutan daripada insiden selepas kedua ibu bapa terbabit berang melihat anak mereka dikasari di taska tersebut. Video itu memaparkan seorang lelaki bertindak mencekik dan menampar salah seorang wanita dipercayai individu yang memukul anaknya. Rakaman video turut menunjukkan seorang wanita dipercayai isteri lelaki terbabit yang mendukung anak mereka cuba meleraikan pergaduhan tersebut. Bagaimanapun, seorang lagi pengasuh di taska itu turut menerima nasib yang sama ditumbuk oleh lelaki berkenaan. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Kalsom Idris mengesahkan terdapat dua laporan polis dibuat oleh pihak taska berkenaan. "Suspek (pengasuh) dan pengetua ada membuat laporan polis dan bapa kanak-kanak terbabit disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan namun tiada tangkapan dibuat," katanya. Sinar Harian pada Rabu melaporkan tular satu video rakaman CCTV berdurasi dua minit 12 saat yang memaparkan seorang wanita di sebuah tadika bertindak menendang, menarik rambut, menolak dan memukul kepala seorang kanak-kanak dengan menggunakan buku. Artikel Berkaitan: Lelaki ditemui mati dengan kesan cedera dalam teksi Polis terima lebih 1,500 laporan kesalahan PRN - KPN Ketua Polis KL dilantik Pengarah JSJ Bukit aman Video itu turut ditonton oleh ibu bapa kanak-kanak berkenaan sehingga menyebabkan kedua-duanya berang dengan perbuatan wanita itu.

Video berdurasi 29 saat itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) lanjutan daripada insiden selepas kedua ibu bapa terbabit berang melihat anak mereka dikasari di taska tersebut.

Video itu memaparkan seorang lelaki bertindak mencekik dan menampar salah seorang wanita dipercayai individu yang memukul anaknya.

Rakaman video turut menunjukkan seorang wanita dipercayai isteri lelaki terbabit yang mendukung anak mereka cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

Bagaimanapun, seorang lagi pengasuh di taska itu turut menerima nasib yang sama ditumbuk oleh lelaki berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Kalsom Idris mengesahkan terdapat dua laporan polis dibuat oleh pihak taska berkenaan.

“Suspek (pengasuh) dan pengetua ada membuat laporan polis dan bapa kanak-kanak terbabit disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan namun tiada tangkapan dibuat,” katanya.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan tular satu video rakaman CCTV berdurasi dua minit 12 saat yang memaparkan seorang wanita di sebuah tadika bertindak menendang, menarik rambut, menolak dan memukul kepala seorang kanak-kanak dengan menggunakan buku.

Video itu turut ditonton oleh ibu bapa kanak-kanak berkenaan sehingga menyebabkan kedua-duanya berang dengan perbuatan wanita itu.

BACA: Tulisan doktor ramai tak faham, tapi tukang bagi ubat pandai cari ubat dengan baca tulisan doktor, kenapa?