Benjamin Netanyahu terpaksa hentikan ucapan selepas dimalukan rakyat sendiri

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berdepan detik memalukan apabila terpaksa

Menghentikan ucapannya yang terganggu oleh beberapa penduduk semasa majlis memperingati mangsa serangan 7 Oktober.

“Kamu sungguh memalukan, ayahnya telah dibunuh dan anaknya dibiarkan,

” laung salah seorang penduduk, menyebabkan Netanyahu menghentikan ucapan yang baru dimulakan.

Menurut Al-Jazeera, seorang penduduk lain turut berulang kali menjerit, “Ayah saya terbunuh,” kepada Netanyahu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berdepan detik memalukan apabila terpaksa menghentikan ucapannya yang terganggu oleh beberapa penduduk semasa majlis memperingati mangsa serangan 7 Oktober. "Kamu sungguh memalukan, ayahnya telah dibunuh dan anaknya dibiarkan," laung salah seorang penduduk, menyebabkan Netanyahu menghentikan ucapan yang baru dimulakan. Menurut Al-Jazeera, seorang penduduk lain turut berulang kali menjerit, “Ayah saya terbunuh,” kepada Netanyahu. Netanyahu menyampaikan ucapan dalam majlis mengenang mangsa konflik Israel-Hamas di Mount Herzl pada 27 Oktober lalu. Media antarabangsa melaporkan acara utama ini disiarkan secara langsung di seluruh negara. Difahamkan, keadaan menjadi tegang beberapa minit sebelum pihak keselamatan berjaya mengawal situasi. Rundingan gencatan senjata antara Israel dan Hamas telah berlangsung berbulan-bulan, dengan ramai pihak menyalahkan Netanyahu atas kegagalan mencapai perjanjian. Sejak 7 Oktober, tentera Israel dilaporkan telah menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 40,738 orang dan mencederakan 94,154 di Gaza. Anggaran pula menunjukkan sekitar 1,139 terbunuh di Israel semasa serangan yang dipimpin Hamas, sementara kira-kira 250 orang dipercayai ditawan oleh kumpulan tersebut. Tentera Israel mengakui kesukaran untuk menyelamatkan para tawanan yang masih ada dan menyatakan bahawa hanya perjanjian yang boleh membawa kepada pembebasan berskala besar.

Netanyahu menyampaikan ucapan dalam majlis mengenang mangsa konflik Israel-Hamas di Mount Herzl pada 27 Oktober lalu. Media antarabangsa melaporkan acara utama ini disiarkan secara langsung di seluruh negara.

Difahamkan, keadaan menjadi tegang beberapa minit sebelum pihak keselamatan berjaya mengawal situasi.

Rundingan gencatan senjata antara Israel dan Hamas telah berlangsung berbulan-bulan, dengan ramai pihak menyalahkan Netanyahu atas kegagalan mencapai perjanjian.

Sejak 7 Oktober, tentera Israel dilaporkan telah menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 40,738 orang dan mencederakan 94,154 di Gaza. Anggaran pula menunjukkan sekitar 1,139 terbunuh di Israel semasa serangan yang dipimpin Hamas, sementara kira-kira 250 orang dipercayai ditawan oleh kumpulan tersebut.

Tentera Israel mengakui kesukaran untuk menyelamatkan para tawanan yang masih ada dan menyatakan bahawa hanya perjanjian yang boleh membawa kepada pembebasan berskala besar.

BACA: Peguam Najib Razak dedah sebab bekas Perdana Menteri mohon maaf dengan rakyat Malaysia