Benjamin Mora dah sampai KLIA, bakal bersama JDT kembali

Benjamin Mora dah sampai KLIA bakal bersama JDT kembali

Benjamin Mora dah sampai KLIA, bakal bersama JDT kembali. Bekas ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora dikesan sudah tiba di Singapura hari ini namun pelbagai persoalan timbul berkenaan status beliau ketika ini.

Pengendali kelahiran Mexico ini sudah berkhidmat dalam kancah bola sepak Malaysia sejak tahun 2015 bersama JDT II sebelum naik pangkat untuk bersama pasukan utama Harimau Selatan.

Sepanjang tempoh tersebut, beliau sudah pun mengecapi 8 trofi kejuaraan termasuklah 3 kali Liga Super sepanjang berada di bawah kendaliannya.

Walau bagaimanapun, Mora dikhabarkan sudah pun berada di lapangan terbang ketika ini sekaligus menguatkan lagi spekulasi bahawa beliau sedia kembali ke kancah kejurulatihan.

Menerusi satu hantaran di laman rasmi Instagram beliau, Mora difahamkan sudah telah meninggalkan negaranya selepas beliau dikatakan pulang ke Mexico untuk menyelesaikan hal peribadi.

Benjamin Mora dah sampai KLIA, bakal bersama JDT kembali

Hantaran itu juga disulami dengan ayat bahawa cutinya sudah habis dan beliau sedia kembali dengan lebih kuat dan bersemangat.

Gambar yang dimuat naik itu juga dikatakan merupakan lapangan terbang Changi di Singapura.

Malah, wajah ceria Mora ini juga disusuli dengan bendera Johor di tangan selain kata-kata ‘Luaskan Kuasamu Johor’ diletakkan di bawah hantaran tersebut.

Ketika ini, peminat mula berkira-kira ke mana hala tuju beliau selepas dikaitkan dengan beberapa pasukan di Indonesia dan juga Singapura.

Benjamin Mora dah sampai KLIA, bakal bersama JDT kembali

Destinasi beliau juga mungkin adalah untuk kembali ke JDT dengan memainkan peranan yang berbeza namun tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat oleh kelab setakat ini.

Pengalaman Mora yang sudah mengetahui selok-belok bola sepak di Asia Tenggara sudah pasti menjadi aset terbesar bagi memacu lebih banyak kejayaan buat pasukannya yang dibimbingnya nanti.

BACA:

Rayuan akhir Najib: Peguam gesa Hakim Nazlan disiasat kerana berat sebelah

Baby Shima gelek macam pelakon lucah, penonton jadi malu terus tertunduk

Tok Mat umum letak jawatan pula..

CATEGORIES