Bengang kena sidai dekat 4 jam, wanita ini dedah perangai sebenar Janna Nick.
Potongan video podcast antara Janna Nick dan Amelia Henderson telah mencetuskan kontroversi apabila mereka bercakap berkenaan work-life balance.
Apa yang diutarakan Janna Nick dilihat mengundang banyak komen negatif kerana tidak bersetuju dengan apa yang dikatakannya berkaitan kehidupan peribadi dan juga kerjaya.
Kena sidai 4 jam?
Justeru itu, menerusi perkongsian di Twitter, seorang individu telah mendakwa yang dia pernah bekerja dengan aktres tersebut namun ‘disidai’ selama 4 jam.
“Dulu pernah shoot untuk satu program dengan dia.Dia buat kami semua menunggu selama empat jam,” tulis individu tersebut.
Pendedahan tersebut dibuat selepas banyak pihak kurang senang dengan kenyataan Janna yang mengatakan generasi sekarang terlalu mementingkan work-life balance sedangkan dia hanya merasai perkara tersebut sewaktu berusia 28 tahun, itupun setelah mempunyai dua biji rumah serta kenderaan sendiri.
Tambahnya, apa yang diperkatakan bukanlah untuk berlagak tetapi mengakui bahawa keselesaan yang dikecapi kini adalah setelah kerja keras yang dilakukan sejak usia remaja lagi.
Pendapat yang dibuat Janna telah disokong oleh Amelia namun beberapa pihak seperti mereka yang masih berjuang untuk keselesaan sendiri menyelar apa yang diperkatakan pelakon itu.
“Hebat ke datang lambat?”
Susulan daripada pendedahan tersebut, ramai yang mengkritik pelakon drama Puteri Lindungan Bulan itu seorang ‘kaki sidai’ dan beranggapan tidak menghormati masa orang lain sehingga perlu menanti dalam tempoh waktu yang cukup lama.
BACA:
Masuk negara tanpa izin, PATI ditahan sekali lain pula yang jadi dekat ladang kelapa sawit