Benarkan pelajar ke sekolah berbaju biasa, ringankan beban ibu bapa

Benarkan pelajar ke sekolah berbaju biasa, ringankan beban ibu bapa

Sebagai rakyat marhaein nak bagi cadangan, mungkin ada yang rasa tak relevan. Tapi ..nak cakap juga.

Boleh tak KPM mempertimbangkan untuk ibu bapa yang tak mampu menyediakan pakaian sekolah anak-anak agar anak-anak tersebut boleh je pergi ke sekolah walau dengan pakaian biasa, mungkin juga yang tiada kasut sekolah boleh juga pakai kasut biasa.

Ada ibu bapa yang dah korbankan duit nak beli peranti untuk anak-anak, tetapi sekolah dah nak buka. Ada ibu bapa yang hilang kerja, ada yang haritu disebabkan banjir, habis semua kelengkapan sekolah rosak.

Bagi kita yang berduit mungkin boleh cakap “alahai berapa ringgit sangat baju sekolah”. Tapi bagaimana yang kehilangan kerja,atau anak ramai. Memang vaksin dah nak sampai, tapi kita pun tidak tahu situasi.Kalau dah sampai pinjam duit nak beli kelengakapan semua, sekali tiba-tiba atas beberapa faktor kemungkinan terpaksa tutup sekolah lagi, kasihan para ibu bapa. Beban di bahu bertimpa-timpa. Mungkin boleh dipertimbangkan.

Sumber :