Belum tentu jika menang PRU Muhyiddin mampu kekal sebagai PM

Belum tentu jika menang PRU Muhyiddin mampu kekal sebagai PM

Perkiraan UMNO mudah, kerusi yang dimenangi olehnya sebelum ini adalah miliknya.

PRU 14 pertembungan 3 penjuru merupakan faktor utama menyebabkan UMNO kalah. Jika mengambil asas kerusi pada PRU 13, kerusi majoriti 70% Melayu ke atas dimenangi oleh UMNO. Manakala kerusi PAS tidak kurang lebih sekitar 20 kerusi yang dimenangi.

Kemenangan PH khusus bagi parti Melayu (PPBM) hanya dibantu dengan pertandingan 3 penjuru.

PPBM dibawah pimpinan TSMY pasti kekal dalam dilema kerana 13 kerusi PPBM pada PRU 14 itu bersifat ‘fragile’ dan sokongan tidak kukuh.

UMNO yakin walau tanpa PPBM mereka boleh menang lebih besar dan kembali dominan melalui Muafakat Nasional bersama PAS. PAS juga cukup hanya dengan lonjakan kemenangan mencecah 30 kerusi. Ini sudah memadai untuk membentuk kerajaan baru dalam PRU 15. Buat masa ini, MN lebih utama bagi UMNO-PAS berbanding PN.

Sokongan kepada TSMY pasti hadir dengan pelbagai tuntutan. Tekanan dalaman pasti akan berlarutan. Tambah menarik, setakat hari ini mereka boleh bersetuju dengan TSMY.

Menamakan TSMY barangkali sekadar strategi memangkin sokongan Melayu berterusan dikala populariti melonjak sepanjang Covid-19. Namun setelah menang adakah TSMY kekal menjadi PM?

PH pula di mana? Sekiranya masih tidak mengambil mandat dalam kadar segera, segala nampak sukar untuk menempuh PRU 15 kalau ia dibuat dalam masa terdekat.

Sumber :

COMMENTS