Belum kahwin, pengantin dah stress fikir hutang, rupanya orang tua paksa suruh buat ‘personal loan’!

Oleh DAHLIA MARZUKI

Dalam sebuah cerita yang dikongsikan di laman X, seorang wanita menceritakan cabarannya

apabila terjebak di antara kehendak peribadi dan tekanan keluarga dalam merancang majlis perkahwinan.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identitinya, dia dan bakal suaminya mempunyai bajet yang terhad untuk majlis bahagia mereka kerana baru memasuki alam pekerjaan.

“Majlis hari bahagia kami hanya dianggarkan dalam RM12,000.

Cadangan kami ialah menggunakannya untuk hantaran saya dan majlis sebelah saya.

Belum kahwin, pengantin dah stress fikir hutang, rupanya orang tua paksa suruh buat 'personal loan'!

Tetapi, sebelah pihak lelaki tidak akan menganjurkan majlis,” katanya.

Wanita berusia 26 tahun itu menyatakan keinginannya untuk mengadakan majlis yang kecil dan intim. Bagaimanapun, dia mendapat tentangan daripada keluarganya yang mahu majlis diadakan secara besar-besaran.

“Keluarga mahu majlis dihadiri oleh 1,000 orang, tetapi saya hanya mahu kurang daripada 100 orang. Mereka juga mencadangkan menggunakan perancang perkahwinan sehingga RM20,000,” katanya.

Menurutnya, jika mengikut kehendak keluarga, mereka akan berhutang besar-besaran selepas perkahwinan.

“Saya mahu hidup sederhana selepas berkahwin. Kalau saya ambil pinjaman untuk majlis, kami akan terbeban dengan hutang selepas itu,” katanya.

Wanita tersebut juga menyatakan kekecewaannya kerana keluarganya tidak membantu untuk mengurangkan bebanan, malah mencadangkan penyelesaian yang akan menambah masalah.

Tindakan wanita ini mendapat simpati daripada warga maya, dengan ramai yang menasihatinya supaya tidak mengikut saranan keluarga untuk berhutang demi mengadakan majlis perkahwinan yang mewah.

“Keputusan tentang perkahwinan dan kehidupan adalah milik awak. Lebih baik bertelagah dengan keluarga sekarang daripada menanggung hutang selepas perkahwinan.

“Jika tiada wang, jangan terfikir untuk berhutang. Cadangkan kepada keluarga untuk menaja majlis jika mereka mahukan kebesaran. Teruskan dengan pendirian anda,” komen seorang netizen.

BACA: “Kahwin dengan anak bongsu asyik buat aku makan hati, pantang ditegur mesti isteri aku lari rumah berbulan-bulan