“Beliau sentuh bahagian sulit saya bila ada kesempatan..Pernah aku dibawa ke kawasan semak untuk mencabuli aku, akhirnya ini yang berlaku suami ibu saudara”
Saya mempunyai ibu saudara yg tinggal tidak jauh sangat dpd kwasan rumah saya.
Umurnya sudah lanjut dan hanya mempunyai seorang anak.
Saya mempunyai sejarah hitam bersama suami ibu saudara itu (A). Semasa saya kecil lbh kurang umur 5 tahun hingga sekolah rendah, A sering mencabuli saya (sekarang sy berumur 40 tahun).
Beliau menyentuh bahagian sulit saya apabila ada kesempatan ..Pernah saya dibawa beberapa kali ke kwasan semak untuk mencabuli saya ..
Walau bagaimanapun,saya bersyukur Allah lindungi sya dpd perkara yg lebih buruk..
Pernh skli, die mencuba mlkukan sesuatu yg lbih teruk namun tiba2 muncul seorg kurang siuman di situ dan dia terus menghentikan perbuatannya..
Pada msa itu,sy amat berterima kasih kpada org krg siuman itu..Ketika die memperlakukan saya sebegitu,sya ketakutan ,jijik dan benci perbuatannya tapi sebagai seorang anak kecil saya tak mmpu membuat apa2..
Antara rasa malu,dn fikir ape jadi kpd ibu saudara nanti..Namun saya selalu mengelak dpd berdekatan dgnnya..
Langsung saya tak pernah ceritakan kpd sesiapa pun kecuali kepada suami saya.. Kadang2 ada rasa ingin melaporkan kpd kaunselor sekolah tetapi pendedahan pda zaman itu tak seperti skrg jdi sy hanya memendam rasa..
Perkara itu sentiasa menghantui zaman remaja saya dan saya selalu rasa takut jika adik perempuan saya mendapat nasib yg serupa..
bila saya ada di rumah sya akan menghalang adik dpd mendekati A..
Setelah bebrapa puluh tahun berlalu skrg A tlh ditimpa pelbagai penyakit namun masih dipanjangkan umurnya dlm lingkungan 70an..
Isunya di sini. Ibu saudara saya dan anaknya selalu bercerita kpd org lain sy tidak pernah ke rumahnya walaupun tidaklah jauh mana..
Untuk pengetahuan,bsaya tlh berhijrah ke negeri tmpt A menetap selepas berkahwin.. Saya serba salah kerana saya mmg tidak ingin memandang wajah A sama sekali apatah lagi berkunjung ke rumahnya.
Jika ternampak A hati saya bagai dicucuk-cucuk rasanya..
Walau bagaimana pun, saya tak pernh berdendam dgn A.. Jika A dan ibu saudara dtg ke rumah sya akn layan ibu saudara dgn baik dan buat mcm tak ada apa apa berlaku..
Walau bagaimanapun, sesekali saya akn kirimkan wang dan bantuan kpd ibu saudara melalui anaknya.
Boleh tak tuan berikan sedikit pandangan berkenaan tindakan saya? Saya hrp tuan sudi postkan dlm FB tuan kerana anak kepada A merupakan pengikut tuan di FB dan selalu ‘share’ post tuan dan saya hrp sgt dia dapat membacanya..
Saya telah berikan pendapat kepada puan berkenaan di mesengger. Saya jemput rakan-rakan followers memberi komentar untuk permasalahan puan ini.