“Beli Shawarma dia caj RM98 woii, nasib aku cepat tengok mesin tu, padahal baru RM29”, Damascus Bkt Bintang menipu pelanggan.
Satu perkongsian di media sosial mungkin akan membuka mata anda mengenai satu taktik penjual yang dilaporkan sesuka hati mengenakan caj tidak masuk akal kepada pelanggan jika menggunakan kad kredit atau debit ketika membayar barang dan makanan.
Meninjau video yang menjadi tular itu, taktik keji itu dilaporkan berlaku di restoran makanan arab terkenal di kawasan Bukit Bintang.
Restoran tersebut dipercayai menggunakan taktik licik itu apabila menipu pelanggan dengan menekan jumlah tidak masuk akal sekiranya mereka membuat pembayaran menggunakan kad.
Nasib mata aku cepat dan perasan tengok mesin tu. Walhal harga untuk dua regular shawarma tu baru RM29.80. Melampau ek!.
Kata individu itu, dia telah dikenakan caj sekitar RM90 bagi makanan arab yang dibelinya sedangkan harga sebenar adalah separuh daripada itu.
Setelah ditegur, penjual berkenaan seolah-olah berlakon tersilap dan memulangkan baki tunai kepada individu itu.
@dakajlaa66 Perghhh.. Beli 2 REGULAR SHAWARMA add on humus for both…tp dia pegi caj RM98 woiiii…nasib mata aku cpt n prasan tgk dgn mesin tuhh. walhal harga utk 2 RS Tu bru RM29.80..melampau ek ! #fypシ #masukberanda #kesahnya #ceritasemalam #shawarmaviral #damacusbukitbintang #lastbutnotleast #syajlaadansytidaksombong ♬ original sound – DakAjlaa66
Pendedahan individu itu kemudiannya mendapat maklum balas serupa daripada netizen yang pernah melalui insiden yang sama.
Patut la harini RM90 lebih terbang. Padahal beli 2 je.
1. Restoran Damascus di Bukit Bintang didakwa menggunakan taktik licik untuk menipu pelanggan dengan menekan jumlah tidak masuk akal sekiranya mereka membuat pembayaran menggunakan kad.
“Beli dua regular shawarma add on humus tapi dia pergi caj RM98,” tulis DakAjlaa66. pic.twitter.com/DkY3t6sb1X
— FWB et cætera (@BMVFM) February 13, 2023
Manakala netizen lain mendakwa restoran berkenaan juga bersikap acuh tak acuh dan biadap terhadap pelanggan tempatan namun sangat baik dengan pelanggan warga asing.
BACA:
Bebanan label ‘pengkhianat’?, Azmin umum berehat daripada politik
Baru sahaja lancar, Bing dah ada sejuta pelanggan yang berdaftar