Bekas setiausaha Majlis Syura Ulama Pas sertai Majlis Ulama Umno

Bekas setiausaha Majlis Syura Ulama Pas sertai Majlis Ulama Umno

Bekas setiausaha Majlis Syura Ulama Pas sertai Majlis Ulama Umno , Khairuddin Aman Razali yang sebelum ini menjawat jawatan setiausaha Majlis Syura Ulama PAS akan membantu Pengerusi Majlis Ulama Umno Dusuki Ahmad.

Penubuhan Majlis Ulama Umno yang baru diumumkan Presiden Ahmad Zahid Hamidi minggu lalu ketika Persidangan Agung UMNO. Menurut Ahmad Zahid penubuhan Majlis Ulama Umno adalah satu daripada hala tuju perlu dibuat supaya parti itu dapat maju ke hadapan.

“Selaku tokoh agama yang banyak pengalaman dan jaringan persahabatan dalam kalangan ulama dan cendekiawan Islam dalam dan luar negara, saya percaya Dusuki mampu membantu saya dan Umno untuk memperkukuhkan lagi agenda dakwah Islamiah, pendidikan Islam dan tarbiyah dalam parti.

Bekas setiausaha Majlis Syura Ulama Pas sertai Majlis Ulama Umno

“Insya-Allah beliau juga akan dibantu oleh Khairuddin Aman Razali yang pernah menjadi setiausaha Majlis Syura Ulama PAS,” katanya di Facebook.

Khairuddin Aman Razali yang sebelum ini dipecat Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat selepas 2 bulan dilantik dan sebulan kemudian dipecat pula jawatan setiausaha Majlis Syura Pas pada tahun lalu.

Akhirnya bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus itu mengumumkan keluar Pas dan kemudian bertanding atas tiket Barisan Nasional pada PRU15 yang lalu.

BACA:

5 firma guaman tarik diri, Siti Bainun menangis

Ramai tak tahu kita boleh mohon TNB pasang lampu jalan di kawasan rumah

Presiden UMNO: KJ sahkan bertanding lawan Zahid

CATEGORIES