Seorang bekas pramugari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkongsi pengalaman ketika menjalani latihan ketenteraan.
Menerusi podcast Borak Dalam Galley bersama penyanyi Zarul Umbrella,
pramugari yang dikenali sebagai Zamira menceritakan pasukannya perlu menjalani latihan di dalam hutan, paya dan laut.
Difahamkan latihan tersebut bagi persediaan untuk menguji daya ketahanan mereka andai pesawat mengalami kemalangan.
Sebulan solid saya duduk dalam hutan, tak ada makan tak ada minum.
Dalam hutan, paya dan laut..dilepaskan pandai-pandailah.
@zarulumbrellaofficial “Merasa Jugak Saya Makan Katak Kembung” Zamira bekas Pramugari VVIP TUDM @borakdalamgalley @CK Faizal @ZAMIRA RATU REMPAH ♬ original sound – Zarul Umbrella
Seminggu di darat, seminggu di paya dan seminggu di laut.
Contoh situasinya kalau kemalangan di darat macam mana nak survive sebab kita tak boleh nak pilih akan crash dekat mana.
Bercerita lebih lanjut, Zamira berkata antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah dia perlu mencari makanan sendiri semasa di dalam hutan.
Enam orang perempuan yang selebihnya lelaki dalam 15 orang.
Jadi kena lalui momen-momen itu selama seminggu. Semasa di darat tiga hari pertama mereka bagi makan lagi selepas itu akan dicatu sedikit demi sedikit.
Kemudian sudah tidak diberi makanan, kena pandai-pandai sendiri cari cacing ke, tebang pokok ke atau cari ulat..pandai-pandai lah nak hidup.
Paling mengejutkan adalah Zarima terpaksa menjamah katak kembung demi kelangsungan hidup di hutan.
Paling teruk saya pernah makan adalah katak kembung.
Dalam masa yang sama, Zarul bersama pengacara CK Faizal kelihatan sangat terkejut dengan perkongsian Zamira.
BACA: Seniman gesa Sarah Yasmine dilapor SKMM- “Dia perosak industri”